Friday, August 14, 2026

UNI-MLC Terima Penyertaan Dua Kesatuan Baharu, Perkukuh Kuasa Gabungan Kesatuan

 


14 Ogos 2026 – UNI-MLC dengan sukacitanya menerima permohonan penyertaan daripada dua buah kesatuan untuk menyertai keluarga besar UNI-MLC sebagai kesatuan gabungan.

Dua kesatuan tersebut ialah:

Kesatuan Pekerja-Pekerja Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd. (Perak)
Jumlah keahlian: 823 orang
North Borneo Banking Executive Union (NBBEU – Sabah)
Jumlah keahlian: 369 orang

YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada kepimpinan kedua-dua kesatuan atas kepercayaan serta kesudian menyertai keluarga besar UNI-MLC.

Penyertaan ini merupakan satu langkah positif dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama, memperkasakan suara pekerja serta meningkatkan kekuatan gerakan kesatuan melalui semangat “Union Power”.

Selamat datang ke keluarga UNI-MLC. Bersama kita memperkukuh solidariti dan memperjuangkan kepentingan pekerja.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP