Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Ke-9 AMESU: Memperkukuh Kesatuan, Memartabatkan Kebajikan Pekerja
AMESU (All Malayan Estates Staff Union) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kali Ke-9 pada 23 Ogos 2026 bertempat di Dewan MPJ Alamanda Jasin, Melaka.
Persidangan yang bersejarah ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 1,200 orang ahli AMESU yang hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota kesatuan serta memberikan mandat dan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan AMESU untuk terus memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan para pekerja.
AMESU turut merakamkan penghargaan dan penghormatan kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, atas kesudian beliau merasmikan persidangan tersebut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran serta penyampaian ucapan daripada barisan pemimpin dan tetamu kehormat, antaranya:
Sdr. R. Jey Kumar, Setiausaha Agung AMESU
Sdr. N. Jeya Paskar, Presiden AMESU
Encik Shafwan Datuk Hj. Shamsuddin, MAPA Executive Director
Bro. Dr. Muhamad Hidayat Greenfield, IUF Asia Pacific Regional Secretary
Puan Hafizah Nabilah, Pengarah JHEKS Selangor/Wilayah Persekutuan
Turut hadir memberikan sokongan ialah Tuan Haji Mohd Effendy Abd Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC serta Sdr. Rudy Rusly, Ahli Majlis UNI-MLC.
Penganjuran Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kali Ke-9 ini mencerminkan komitmen berterusan AMESU dalam memperkukuhkan peranan kesatuan, memperjuangkan hak pekerja serta memastikan agenda kebajikan ahli sentiasa menjadi keutamaan.
Persidangan yang bersejarah ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 1,200 orang ahli AMESU yang hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota kesatuan serta memberikan mandat dan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan AMESU untuk terus memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan para pekerja.
AMESU turut merakamkan penghargaan dan penghormatan kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, atas kesudian beliau merasmikan persidangan tersebut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran serta penyampaian ucapan daripada barisan pemimpin dan tetamu kehormat, antaranya:
Sdr. R. Jey Kumar, Setiausaha Agung AMESU
Sdr. N. Jeya Paskar, Presiden AMESU
Encik Shafwan Datuk Hj. Shamsuddin, MAPA Executive Director
Bro. Dr. Muhamad Hidayat Greenfield, IUF Asia Pacific Regional Secretary
Puan Hafizah Nabilah, Pengarah JHEKS Selangor/Wilayah PersekutuanTurut hadir memberikan sokongan ialah Tuan Haji Mohd Effendy Abd Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC serta Sdr. Rudy Rusly, Ahli Majlis UNI-MLC.