Tuesday, August 30, 2022

Selamat Meyambut Hari Kebangsaan Malaysia - 65

 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kecapi selama ini.

Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Kita merdeka daripada penjajah, kita juga hendaklah merdeka daripada perkara yang sia-sia.



Read more...

Astro Awani - Akta Kerja 1955 | UNI-MLC dakwa 15 juta pekerja kecewa penangguhan pindaan





Keputusan saat-saat akhir kerajaan yang menangguhkan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 ternyata mengejutkan banyak pihak terutamanya pekerja. Menurut Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal penangguhan itu secara langsung telah menafikan hak dan kepentingan lebih 15 juta pekerja di negara ini, sama ada mereka yang terangkum di bawah perjanjian kolektif ataupun sebaliknya.

Read more...

Sunday, August 28, 2022

PERTANDINGAN BOWLING SOLIDARITI UNIMLC SEMPENA HARI MERDEKA 2022.

 

UNIMLC telah mengelolakan Pertandingan Bowling Solidariti sempena Hari Merdeka 2022 pada 27.8.2022 di Ampang Point. Kuala Lumpur.

Seramai 96 perserta dari 24 pasokan telah mengambil bahagian. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden merasmikan pertandingan tersebut serta menyampaikan hadiah kepada pasokan pasokan yang berjaya. Datuk Mohamed Shafie mengucapkan Terima Kasih kepada semua kesatuan yang menyertai Kejohanan ini.

JOHAN - TV3
NAIB JOHAN - JOHOR PORT
TEMPAT KE-3 icimb.

Ucapan dan Penghargaan Khas serta terima kasih diucapkan kepada Saudara ismail Ali Naib Presiden UNIMLC dan jawatankuasa pengelola diatas kejayaan mengelolakan pertandingan ini. TAHNIAH & SYABAS

 


Read more...

Saturday, August 27, 2022

Workers Times - UNI-MLC: Tangguh kuat kuasa pindaan Akta Kerja rugikan 15 juta pekerja, jangan tunduk desakan majikan

 


Read more...

Tuesday, August 23, 2022

TRAINING WORKSHOP ON COLLECTIVE BARGAINING 21.08.2022, PENANG

 

 

Pemimpin dan aktivis dari Kesatuan DHL Global Forwarding, Kesatuan DHL Supply Chain dan aktivis dari DHL Express serta Ninja Van telah menghadiri Training Workshop on Collective Bargaining, pada 21.08.2022 di Pulau Pinang.

 

Training Workshop on Collective Bargaining ini telah memberi kesan yang positif bagi tujuan memberi pendidikan dan pendedahan serta teknik-teknik perundingan yang efektif kepada pemimpin dan aktivis. 

 

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC menyifatkan Training Workshop on Collective Bargaining bagi Kesatuan dan aktivis DHL serta Ninja Van telah membuka ruang dan peluang terbaik untuk berkongsi pengalaman serta bersedia menghadapi apa jua perubahan yang telah/ akan berlaku di industri tersebut.

 


Read more...

Friday, August 19, 2022

Solidarity Visit by Director Social Policy Bureau & Vice President Social Policy Bureau from Federation of AEON Group Workers' Unions, Japan

 


 

On 19.08.2022, Solidarity Visit by Sis. Masako Moriki, Director Social Policy Bureau & Bro. Yuuki Banzawa, Vice President Social Policy Bureau from Federation of AEON Group Workers' Unions, Japan to UNI MLC Office and meeting with Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, President UNI MLC, Kuala Lumpur, Malaysia.


Read more...

Thursday, August 18, 2022

PERHIMPUNAN SOLIDARITI PESARA PESARA GLC

 



 

Syukur Ahamdulliah perhimpunan Solidariti hari ini (18.8.2022) di Putrajaya berjaya. Memorandum telah disampaikan ke pejabat Perdana Menteri dan Menteri kewangan  jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir (300 orang) diperhimpunan ini. Semoga Allah swt  memberkati serta merahmatinya perjuangan kita.

 

Read more...

Monday, August 15, 2022

TAKLIMAT BAGI PERHIMPUNAN SOLIDARITI TELAH DIADAKAN PADA 15.08.2022 JAM 10.00 PAGI DI KUALA LUMPUR DAN DIHADIRI OLEH 30 ORANG PEMIMPIN KESATUAN-KESATUAN DAN PEMIMPIN DARI PERSATUAN-PERSATUAN PESARA DARI SYARIKAT GLC

 









Read more...

Thursday, August 11, 2022

Lawatan Solidariti UNI MLC Ke JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan pada 11.08.2022 di Ibu Pejabat JHEKS Sel & WP, Shah Alam.

 







Seramai 13 orang Pegawai Kanan UNI MLC bersama 4 orang Secretariat telah menghadiri Lawatan Solidariti bagi tujuan untuk mengeratkan perhubungan dan komunikasi di antara UNI MLC & JHEKS Sel & WP.

Pengarah JHEKS Sel & WP Y.Bhg. Tuan Haji Azzal Bin Abu Talib bersama pegawai-pegawai JHEKS telah menyambut dan mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai dari UNI MLC.

Beberapa perkara mengenai urus tadbir kesatuan telah dibincangkan bersama termasuk pelaksanaan Sistem E-TUIS dan semakan kesatuan-kesatuan yang tidak aktif serta beberapa perkara yang lain.

Rombongan UNI MLC diketuai oleh Y.Bhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden, Tuan Haji Zainurin Bin Zainal Abidin, Timbalan Presiden, Tuan Haji Mohd Effendy Bin Abdul Ghani, Setiausaha Agung dan Sdra. V.Mathialaghan Bendahari serta beberapa pegawai kanan yang lain. 

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC menyifatkan Lawatan Solidariti ini satu permulaan bagi memecahkan kebuntuan serta mencari penyelesaian terbaik demi masa depan kesatuan-kesatuan gabungan UNI MLC ke arah kesejahteraan bersama.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP