Monday, August 31, 2026
Saturday, August 29, 2026
LAPORAN RINGKAS DELEGASI MALAYSIA - 5th UNI Apro Professionals & Managers Conference 2026
28–29 Ogos 2026 | Colombo, Sri Lanka
Delegasi Malaysia telah menghadiri 5th UNI Apro Professionals & Managers Conference 2026 di Colombo, Sri Lanka yang bertemakan “Skills, Solidarity, Agency: Bargaining AI for a Digital Asia-Pacific.” Persidangan memberi tumpuan kepada AI, masa depan pekerjaan, collective bargaining, pembangunan kemahiran, peluang sama rata serta peranan kesatuan sekerja dalam menghadapi transformasi digital.
Majlis pembukaan persidangan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Channa Dissanayake, President UNI Sri Lanka Affiliates Council, diikuti ucapan solidariti oleh Rajendra Acharya, Regional Secretary UNI Apro dan Dr. Daniel Valtakari, President UNI Professionals & Managers. Ucapan pembukaan disampaikan oleh Mrs. Nadeeka Wataliyadda, Commissioner General of Labour, Sri Lanka, manakala persidangan dibuka secara rasmi oleh John De Payva, President UNI Apro Professionals & Managers, melalui Presidential Address bertajuk “Future of Work with a Human Centered Approach.”
Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC, bersama Timbalan Presiden UNI MLC, Hj. Ismail Ali, Assistant General Secretary (AGS) UNI MLC, Sdra. Nikmatullah Bin Abu Baka Citi, Bendahari UNI MLC, Sdri. Noor Fazlina AB Sani, serta barisan pimpinan dan wakil kesatuan gabungan UNI MLC daripada AMCO, PMJEU, UNICOME, UNIVEN, UPCW, UPUS.
Dalam sesi “How Trade Unions can Shape the Age of AI”, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dan Sdra. Muhammad Nizam Bin Md Hadzir dari UPCW telah menyampaikan intervention berkaitan kesan perkembangan AI terhadap pekerja dan industri, termasuk perubahan corak pekerjaan dan kemahiran, perlindungan pekerjaan, reskilling, human oversight serta kepentingan collective bargaining dan suara kesatuan dalam pelaksanaan AI.
Bagi sesi “Cross-Sectoral Challenges”, Sdri. Bindu Girdharlal Patel dari AMCO terlibat sebagai salah seorang panel dan turut dipilih sebagai Ahli Credentials Committee, manakala Sdri. Norita Binti Abdullah dari UPCW menyampaikan intervention berkaitan perlindungan pekerja, pembangunan kemahiran dan kepentingan penglibatan awal kesatuan dalam menghadapi perubahan teknologi.
Persidangan turut membincangkan “Equal Opportunities in Workplace” serta peranan South Asia Professional Women’s Network (SAPWN). Dalam sesi ini, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dan Sdri. Norhamiza Binti Azmi dari UPCW turut menyampaikan intervention yang menekankan kesaksamaan peluang, pembangunan kerjaya dan kepimpinan wanita, serta peranan collective bargaining, social dialogue dan latihan dalam memperkukuhkan penyertaan wanita di tempat kerja dan dalam kesatuan.
Pada hari kedua esok, 29 Ogos 2026, persidangan akan diteruskan dengan The Engineers Summit “Engineering Sustainable Communities”, diikuti perbincangan UNI Apro Professionals & Managers Strategic Action Program 2027–2031 serta pemilihan UNI Apro P&M President dan Deputy President.
Disediakan Oleh,
Mohd Effendy
Setiausaha Agung UNI MLC
Read more...

Thursday, August 27, 2026
Memperkasa Solidariti, Menyemai Bakti: Kesatuan Sekerja Perak Bersatu Menjayakan CSR 2026
Mesyuarat Penyelarasan Program Khidmat Masyarakat (CSR) Kesatuan Sekerja Negeri Perak Tahun 2026 telah diadakan pada 26 Ogos 2026 bertempat di Wisma NUTP Perak, Kamunting. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras persediaan dan gerak kerja bagi pelaksanaan Program CSR yang dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober 2026, di samping memperkukuh jalinan kerjasama serta hubungan strategik antara Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Perak, kesatuan-kesatuan sekerja dan agensi-agensi berkaitan.
Kesatuan Pekerja-Pekerja Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd. telah diwakili oleh Setiausaha, Saudara Mohd Firdaus, dan Bendahari, Saudara Muhammad Khairul Anuar. Turut hadir dan terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah wakil daripada PERKESO Cawangan Taiping, NUTP Cawangan Perak, Kesatuan Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan, Kesatuan Kakitangan Makmal, Kesatuan Penghulu Penggawa, KEPTAN, Kesatuan Pegawai Penguatkuasa KPDN serta PACSU Cawangan Perak.
Sehubungan itu, Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, menzahirkan ucapan tahniah kepada Saudara Mohd Firdaus serta seluruh rakan-rakan kesatuan yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan penyelarasan Program CSR yang bakal berlangsung.
Beliau turut berharap agar segala persiapan dan perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan dengan lancar serta dipermudahkan segala urusan sehingga program selesai. Semoga Program CSR ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah terus memperkukuh semangat kebersamaan, kerjasama dan solidariti dalam kalangan kesatuan sekerja serta agensi yang terlibat.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga segala usaha yang dirancang dipermudahkan dan Program CSR pada 3 Oktober 2026 nanti dapat dilaksanakan dengan jayanya.
UEI & UNI-MLC: Memperkukuh Sinergi Strategik, Membina Masa Depan Bersama
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, Majlis Tertinggi Exco Kesatuan Eksekutif ICIMB (UEI) berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat UNI-MLC sebentar tadi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Mohamed Shafie, Presiden UNI-MLC atas kesudian menerima kunjungan kami serta meluangkan masa berkongsi pandangan, pengalaman dan aspirasi berkaitan proses rundingan Collective Agreement yang sedang berlangsung.
Perkongsian serta pandangan yang diberikan amat bermakna dalam memperkukuhkan usaha UEI ke arah mencapai persefahaman terbaik demi kepentingan bersama antara pihak pekerja dan majikan.
Semoga hubungan strategik antara UEI dan UNI-MLC terus diperkasa, dan UEI kekal teguh berdiri sebagai sebuah kesatuan yang progresif, berintegriti serta berwibawa di bawah naungan UNI-MLC.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan.

Monday, August 24, 2026
PERTEMUAN SOLIDARITI ANTARA MNU DAN UNI-MLC BAGI MEMPERKUKUH HALA TUJU KESATUAN
Pertemuan solidariti antara Presiden Malayan Nurses Union (MNU), Puan Noor Aini bt Abu Hashim, bersama Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, telah berlangsung pada 24 Ogos 2026 bertempat di Pejabat UNI-MLC.
Pertemuan ini menjadi platform strategik bagi membincangkan hala tuju, aspirasi serta usaha memperkukuhkan peranan kesatuan dalam memperjuangkan kepentingan ahli dan memperkasakan gerakan kesatuan pekerja.
Perbincangan turut memberi penekanan terhadap kerjasama berterusan, penyelarasan strategik serta komitmen bersama dalam membina masa depan kesatuan yang lebih kukuh, progresif dan berdaya saing.

Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Ke-9 AMESU: Memperkukuh Kesatuan, Memartabatkan Kebajikan Pekerja
AMESU (All Malayan Estates Staff Union) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kali Ke-9 pada 23 Ogos 2026 bertempat di Dewan MPJ Alamanda Jasin, Melaka.
Persidangan yang bersejarah ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 1,200 orang ahli AMESU yang hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota kesatuan serta memberikan mandat dan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan AMESU untuk terus memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan para pekerja.
AMESU turut merakamkan penghargaan dan penghormatan kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, atas kesudian beliau merasmikan persidangan tersebut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran serta penyampaian ucapan daripada barisan pemimpin dan tetamu kehormat, antaranya:
Sdr. R. Jey Kumar, Setiausaha Agung AMESU
Sdr. N. Jeya Paskar, Presiden AMESU
Encik Shafwan Datuk Hj. Shamsuddin, MAPA Executive Director
Bro. Dr. Muhamad Hidayat Greenfield, IUF Asia Pacific Regional Secretary
Puan Hafizah Nabilah, Pengarah JHEKS Selangor/Wilayah Persekutuan
Turut hadir memberikan sokongan ialah Tuan Haji Mohd Effendy Abd Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC serta Sdr. Rudy Rusly, Ahli Majlis UNI-MLC.
Penganjuran Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kali Ke-9 ini mencerminkan komitmen berterusan AMESU dalam memperkukuhkan peranan kesatuan, memperjuangkan hak pekerja serta memastikan agenda kebajikan ahli sentiasa menjadi keutamaan.
Persidangan yang bersejarah ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 1,200 orang ahli AMESU yang hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota kesatuan serta memberikan mandat dan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan AMESU untuk terus memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan para pekerja.
AMESU turut merakamkan penghargaan dan penghormatan kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, atas kesudian beliau merasmikan persidangan tersebut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran serta penyampaian ucapan daripada barisan pemimpin dan tetamu kehormat, antaranya:
Sdr. R. Jey Kumar, Setiausaha Agung AMESU
Sdr. N. Jeya Paskar, Presiden AMESU
Encik Shafwan Datuk Hj. Shamsuddin, MAPA Executive Director
Bro. Dr. Muhamad Hidayat Greenfield, IUF Asia Pacific Regional Secretary
Puan Hafizah Nabilah, Pengarah JHEKS Selangor/Wilayah PersekutuanTurut hadir memberikan sokongan ialah Tuan Haji Mohd Effendy Abd Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC serta Sdr. Rudy Rusly, Ahli Majlis UNI-MLC.
Penganjuran Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kali Ke-9 ini mencerminkan komitmen berterusan AMESU dalam memperkukuhkan peranan kesatuan, memperjuangkan hak pekerja serta memastikan agenda kebajikan ahli sentiasa menjadi keutamaan.
Read more...
Saturday, August 22, 2026
KESEK 2026–2029: Memperkukuh Solidariti, Memacu Aspirasi, Melangkah Ke Hadapan
Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kesatuan Eksekutif MBSB Bank Berhad (KESEK) bagi Tempoh 2026–2029 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Ogos 2026 bertempat di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Mesyuarat berjalan lancar dalam suasana penuh harmoni, semangat kebersamaan dan komitmen tinggi dalam kalangan ahli KESEK.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Tuan Haji Mohd Effendy Abdul Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC atas kesudian hadir serta menyampaikan amanat, sokongan dan kata-kata inspirasi kepada seluruh warga KESEK.
Semoga semangat solidariti, kesatuan dan perjuangan yang dizahirkan terus menjadi pemangkin kekuatan KESEK dalam memperkukuh peranan serta melangkah lebih jauh pada masa hadapan.

MESYUARAT TRI-TAHUNAN KE-13 KPPPTMSB SESI 2026–2028
Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjong Malim Sdn. Bhd. (KPPPTMSB) telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Tri-Tahunan Ke-13 bagi sesi 2026–2028 yang telah berlangsung pada 22 Ogos 2026 bertempat di Dewan Kompleks Sukan Tanjong Malim.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Sumber Manusia Proton, Yang Berbahagia Dr. Kasuma Satria bin Mat Jadi. Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.
Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan menjadi platform penting bagi membincangkan hala tuju serta memperkukuhkan peranan kesatuan dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan para pekerja.
Hasil daripada mesyuarat dan pemilihan yang telah dijalankan, barisan kepimpinan baharu KPPPTMSB bagi sesi 2026–2028 adalah seperti berikut:
Presiden: Tuan Haji Musdi bin Iskandar
Timbalan Presiden: Encik Zulkiflee bin Shaffii
Setiausaha: Encik Razman bin Mohamad Razi
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baharu. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperkukuhkan kesatuan serta menjaga kepentingan seluruh anggota KPPPTMSB.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Sumber Manusia Proton, Yang Berbahagia Dr. Kasuma Satria bin Mat Jadi. Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.
Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan menjadi platform penting bagi membincangkan hala tuju serta memperkukuhkan peranan kesatuan dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan para pekerja.
Hasil daripada mesyuarat dan pemilihan yang telah dijalankan, barisan kepimpinan baharu KPPPTMSB bagi sesi 2026–2028 adalah seperti berikut:
Presiden: Tuan Haji Musdi bin Iskandar
Timbalan Presiden: Encik Zulkiflee bin Shaffii
Setiausaha: Encik Razman bin Mohamad RaziTahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baharu. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperkukuhkan kesatuan serta menjaga kepentingan seluruh anggota KPPPTMSB.
Memperkukuh Solidariti, Menyatukan Suara: 316 Ahli KEEP Bersama UNI-MLC
Alhamdulillah, pada hari ini, 22 Ogos 2026, tercatat satu lagi detik bersejarah buat keluarga besar UNI-MLC.
Dengan penuh rasa syukur dan solidariti, Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (KEEP) yang dianggotai seramai 316 orang ahli telah secara rasmi bergabung bersama keluarga besar UNI-MLC.
Borang gabungan telah diserahkan oleh Puan Sofia Nadia Binti Rahim, Setiausaha KEEP, kepada Datuk Mohamed Shafie B.P. Mammal, Presiden UNI-MLC, dalam satu pertemuan yang berlangsung di Kompleks Sukan Proton, Tanjung Malim, Perak.
Turut hadir bersama ialah:
Saudara Ahmad Farhan Bin Md Shokeri – Naib Presiden KEEP
Saudari Noraida Diana Binti Kamaruddin – Timbalan Setiausaha KEEP
Penyertaan KEEP bersama 316 orang ahli ini merupakan satu perkembangan yang amat bermakna dalam memperkukuhkan semangat perpaduan, solidariti dan kebersamaan warga pekerja di bawah payung UNI-MLC.
Semoga gabungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat, suara yang lebih kukuh serta perjuangan yang berterusan demi menjaga kebajikan, kepentingan dan masa depan seluruh warga pekerja.
Selamat datang dan selamat bergabung, KEEP ke dalam keluarga besar UNI-MLC.
Bersatu Kita Teguh, Bersama Kita Perjuangkan Hak Pekerja.
Hidup UNI-MLC!

Subscribe to:
Posts (Atom)

.png)
.jpg)
.png)