KEHLEB Melakar Sejarah: Pengiktirafan Rasmi Selepas Dua Tahun Perjuangan, Kini Bersedia Mengorak Langkah ke Arah Perundingan Collective Agreement (CA)
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua,
Alhamdulillah dengan rasa Syukur kehadrat Ilahi, sukacita dimaklumkan pada 17 Julai 2026 akhirnya Kesatuan Eksekutif Hong Leong Bank (KEHLEB) telah diiktiraf secara rasmi oleh Hong Leong Bank.
Majlis pengesahan pengiktirafan telah berlangsung secara aman di Jabatan Pengurusan Perusahaan di Putrajaya pada 24 Julai 2026 selepas 2 tahun bertarung! Sesunguhnya perjalanan kami penuh ranjau onak dan duri, tapi kami tidak pernah mengalah. Tiada kejayaan tanpa perjuangan.
Jutaan terima kasih kepada YBhg. Tuan Haji Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC atas bimbingan ,nasihat dan semangat yang tak pernah putus buat kami.
Majlis pengesahan pengiktirafan di JPP dihadiri oleh Tuan Kavin Lim dan Cik Leong Chyi Yang dari IR Hong Leong Bank , Encik Muthu Kumar, Puan Nor Azli, Presiden dan Setiausaha KEHLEB disaksikan oleh Encik Rusli Bahrum (Tim. Pengarah Bahagian Pertikaian JPP Putrajaya). Sekarang, fokus kami seterusnya ialah Perundingan CA.
Dengan bimbingan Datuk Shafie, kami dah sedia untuk berjuang lagi!
Solidariti kita kekal. Jangan berhenti!
Ikhlas dari Jawatankuasa KEHLEB
