Kunjungan Solidariti Kesatuan Pekerja-Pekerja Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd
20 Ogos 2026, delegasi daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd yang diwakili oleh Presiden, Encik Mohd Al Azham bin Mahayudin, Setiausaha, Encik Mohd Firdaus bin Abdul Manaf, Bendahari, Encik Muhammad Khairul Anuar bin Mat Saad, dan seorang AJK, Encik Mohamad Nor Isandi bin Mat Isa, telah mengadakan kunjungan solidariti ke pejabat UNI-MLC bagi bertemu dengan Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.
Antara intipati perbincangan kami adalah:
Usaha memperkasakan keahlian kesatuan.
Memastikan hubungan keharmonian di tempat kerja terus terjaga.
Perancangan program-program kesatuan yang akan datang.
Perbincangan awal mengenai penambahbaikan Collective Agreement (CA) bagi sesi akan datang.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk atas kesudian menerima kunjungan kami hari ini. Semoga pertemuan ini membawa manfaat buat seluruh ahli kesatuan.
UNION POWER
SETIAUSAHA
KESATUAN PEKERJA PEKERJA TOYO TYRE MALAYSIA SDN BHD
