Kunjungan Solidariti Kepimpinan KEEPER ke Pejabat UNI-MLC
Pada 11 Ogos 2026, kepimpinan Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad (KEEPER) telah mengadakan Kunjungan Solidariti ke Pejabat UNI-MLC dan mengadakan pertemuan bersama Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.
Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan kesahihan Perjanjian Bersama, di samping mendapatkan pandangan serta panduan berhubung aspek yang berkaitan dalam memastikan kepentingan dan hak ahli kesatuan terus terpelihara.
KEEPER telah diwakili oleh:
🔶Sdra. Ahmad Fauzi bin Mohamad – Presiden
🔶Sdra. Muhammad Faizal bin Basir – Setiausaha
🔶Sdra. Kalma Mohammad Ayzad bin Mohd Ali – Bendahari
Kunjungan ini turut menjadi ruang perbincangan yang konstruktif dalam memperkukuh kefahaman, kerjasama dan solidariti antara KEEPER dan UNI-MLC, khususnya dalam menghadapi isu-isu berkaitan perhubungan perusahaan serta Perjanjian Bersama.


