Friday, July 31, 2026

Pertemuan Solidariti Memperkasa Hak dan Peranan Pekerja DBKL




Pada 31 Julai 2026, satu pertemuan solidariti telah diadakan antara Pengerusi Kesatuan Pekerja-Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Saudara Murugavel A/L C. S. Aruman, bersama beberapa orang ahli kesatuan, dengan Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.

Pertemuan tersebut menjadi platform penting bagi membincangkan isu berkaitan hak, kebajikan dan peranan pekerja, di samping memperkukuh hubungan kerjasama serta semangat solidariti dalam memperjuangkan kepentingan warga pekerja.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih tersusun, progresif dan berkesan dalam memastikan suara serta hak pekerja terus dihormati dan dipelihara.

Read more...

Thursday, July 30, 2026

TAKLIMAT SKIM LINDUNG 24 JAM PERKESO BERSAMA WARGA POS MALAYSIA DAN KESATUAN SEKERJA POS


KUALA LUMPUR, 30 Julai 2026 – Satu sesi taklimat mengenai pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 serta pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK), yang dikenali sebagai Skim LINDUNG 24 JAM, telah diadakan bersama Pengurusan dan warga Pos Malaysia serta Kesatuan Sekerja Pos.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Azirruan bin Arifin, Timbalan Ketua Eksekutif Operasi PERKESO. Sesi tersebut memberikan penerangan mengenai skop perlindungan, jenis faedah, mekanisme caruman serta tanggungjawab majikan dalam persediaan pelaksanaan skim berkenaan.

Skim LINDUNG 24 JAM bertujuan memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu kerja dan tidak berkaitan dengan pekerjaan. Perlindungan tersebut melengkapi Skim Bencana Pekerjaan PERKESO yang sedia ada, tertakluk kepada peruntukan undang-undang, syarat kelayakan dan tarikh pelaksanaannya.

Antara manfaat SKBBK yang diterangkan ialah faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara atau kekal, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional, program kembali bekerja serta faedah pendidikan.

Turut hadir ialah wakil Pengurusan Pos Malaysia dan kepimpinan Kesatuan Sekerja Pos:

🔶Saudara Ahmad Saupi bin Taib – Presiden PMEU
🔶Saudara Khairuddin bin Ismail – Presiden PMJEU
🔶Saudara Haji Ismail Ali – Presiden UPUS
🔶Saudara Haji Mohd Effendy – Presiden UPCW

Kehadiran bersama pihak pengurusan dan kesatuan-kesatuan sekerja mencerminkan komitmen kolektif untuk memastikan setiap dasar keselamatan sosial yang melibatkan pekerja dapat difahami dengan jelas serta dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Kesatuan-kesatuan sekerja Pos Malaysia menyambut baik usaha memperluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja di luar waktu kerja. Pada masa yang sama, pelaksanaan skim hendaklah dibuat secara telus, mudah difahami dan tidak membebankan pekerja.

Penerangan yang menyeluruh mengenai kebaikan SKBBK perlu disampaikan kepada semua pekerja supaya mereka memahami skop perlindungan, kelayakan, kadar caruman, jenis faedah serta tatacara membuat tuntutan. Langkah ini penting bagi memastikan matlamat Skim LINDUNG 24 JAM untuk melindungi pekerja dan keluarga benar-benar dapat direalisasikan.

Read more...

Keluarga UNI-MLC Terus Diperkukuh dengan Penyertaan Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional (KEEP)

 


30 Julai 2026 — Keluarga UNI-MLC Terus Diperkukuh

Hari ini, UNI-MLC dengan penuh sukacita mengalu-alukan penyertaan sebuah lagi kesatuan ke dalam keluarga besar UNI-MLC, iaitu Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional (KEEP) yang berpusat di Tanjung Malim, Perak.

Pertemuan bersejarah ini dihadiri oleh empat orang pemimpin kanan KEEP:


Saudara Norazam Siron – Presiden

Saudari Sofia Nadia – Setiausaha
Saudari Noraida Diana Kamaruddin – Penolong Setiausaha
Saudara Azhar Ruslan – Ahli Exco

Dalam pertemuan tersebut, Saudara Norazam Siron telah menyerahkan borang permohonan gabungan secara rasmi kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.


KEEP kini mempunyai seramai 330 orang ahli, sekali gus memperkukuh lagi solidariti, jaringan kerjasama dan suara kolektif dalam perjuangan kesatuan sekerja di bawah naungan UNI-MLC.


Datuk Mohamed Shafie merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden serta barisan kepimpinan KEEP atas kesudian dan kepercayaan untuk bersama-sama menyertai keluarga UNI-MLC


Read more...

Pertemuan Solidariti NUFAM dan UNI-MLC: Memperkukuh Kerjasama Strategik Kesatuan Sekerja

 



Satu pertemuan solidariti antara Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) dan UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) telah diadakan pada 30 Julai 2026 bertempat di pejabat UNI-MLC.

NUFAM telah diwakili oleh Presidennya, Saudara Ismail Nasaruddin, bersama Setiausaha Agung, Saudara Razif Abdul Karim. Delegasi tersebut telah mengadakan perbincangan bersama Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, serta Bendahari UNI-MLC, Saudara Mathialaghan.

Pertemuan berkenaan memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan kerjasama strategik menerusi konsep Smart Partnership, di samping membincangkan isu perundangan, perkembangan semasa serta pelbagai cabaran yang dihadapi oleh gerakan kesatuan sekerja di Malaysia.


Perbincangan tersebut berlangsung dalam suasana yang positif dan konstruktif, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua organisasi demi memperkukuh perjuangan serta kebajikan golongan pekerja.


Insya-Allah, NUFAM dijangka menyertai keluarga besar UNI-MLC dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha memperluas jaringan solidariti dan memperkasakan suara kesatuan sekerja di Malaysia.

Read more...

Sesi Persiapan Perjanjian Kolektif Kali Ke-2 Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd. Bersama Presiden UNI MLC

 

30 Julai 2026 (Khamis)

Perbincangan Persiapan Perjanjian Kolektif Kali Ke-2 Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd. telah diadakan pada hari ini di Pejabat UNI MLC bersama YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC.

Sesi perbincangan ini diadakan bagi memperkemaskan kandungan Perjanjian Kolektif sebelum dikemukakan kepada pihak syarikat untuk proses rundingan. Persediaan yang rapi ini mencerminkan komitmen kesatuan dalam memastikan setiap cadangan yang dibawa adalah menyeluruh, praktikal dan memberi manfaat kepada seluruh ahli.

Bagi pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd., kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Presiden atas kesudian meluangkan masa, berkongsi pandangan serta memberikan bimbingan dan nasihat sepanjang sesi perbincangan ini.

Read more...

Kunjungan Solidariti Kesatuan Penang Port ke Pejabat UNI-MLC

 



Satu kunjungan solidariti antara Kesatuan Penang Port dan Presiden UNI-MLC, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, telah berlangsung pada 30 Julai 2026 di Pejabat UNI-MLC.

Delegasi Kesatuan Penang Port telah diwakili oleh:
  • Sdr. Saiful Adli – Presiden
  • Sdr. Azlan Mohd Ariff – Setiausaha
  • Sdr. Sanusi Ahmad – Naib Presiden
  • Sdr. Uzhir Zainal Abidin – Naib Presiden
Pertemuan tersebut telah menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan secara konstruktif berkaitan Perjanjian Bersama atau Collective Agreement (CA). Perbincangan turut memberi tumpuan kepada perkara-perkara berkaitan kepentingan, kebajikan dan hak para pekerja.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan kerjasama serta semangat solidariti antara organisasi kesatuan sekerja demi memperjuangkan kepentingan ahli secara profesional dan berkesan.

Read more...

TAKLIMAT LINDUNG 24 JAM BERSAMA PERKESO

 


29 Julai 2026 | Menara MBSB Bank, PJ Central

KESPEM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO atas kesudian meluangkan masa hadir menyampaikan taklimat berkaitan LINDUNG 24 Jam kepada warga kerja MBSB Bank.

Sesi ini memberi pendedahan yang jelas mengenai kepentingan perlindungan sosial yang komprehensif kepada pekerja, selaras dengan keperluan semasa dan kesejahteraan tenaga kerja.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap hak serta perlindungan yang tersedia.

KESPEM komited memperjuangkan kebajikan dan perlindungan pekerja.

#KESPEM
#Lindung24Jam
#PERKESO #KitaJagaRumahKita

Read more...

Wednesday, July 29, 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (IR) UNIMLC

 




29 Julai 2026 | Pejabat UNIMLC, Bangsar


Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Perusahaan (Industrial Relations – IR) UNI-MLC telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Julai 2026 di Pejabat UNI-MLC, Bangsar. Mesyuarat tersebut menghimpunkan seramai 21 orang pengamal perhubungan perusahaan, termasuk barisan pegawai kanan UNI-MLC.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Saudara Mathialagan selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Perusahaan (IR) UNI-MLC.

Antara perkara utama yang diberikan perhatian ialah cadangan penyusunan semula struktur pentadbiran Jawatankuasa IR UNI-MLC, pengukuhan aspek tatakelola organisasi serta pemantapan pengurusan kewangan jawatankuasa. Langkah-langkah ini bertujuan memastikan fungsi dan peranan Jawatankuasa IR terus diperkasakan, di samping meningkatkan keupayaannya dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan menyeluruh kepada ahli-ahli gabungan.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Yang Berbahagia Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.



Hj Nizam Hadzir
Setiausaha IR TEAM UNIMLC


Read more...

Tuesday, July 28, 2026

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝟏𝟓𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐊𝐏: 𝐀𝐃𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑-𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀?

 




Forum Tripartite: Halatuju KKP Negara Pasca 150 Tahun – Perkembangan KKP Selaras Dengan Aspirasi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2026–2030 (OSHMP30)

Tarikh: 28 Julai 2026
Tempat: Bangi Avenue Convention Centre, Bangi

Forum ini menjadi wadah strategik dalam memperkukuh hala tuju Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) negara, sejajar dengan aspirasi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2026–2030 (OSHMP30). Perbincangan akan memberi tumpuan kepada pengukuhan dasar, pemerkasaan budaya pencegahan serta pembentukan ekosistem pekerjaan yang lebih selamat, sihat, inklusif dan mampan.

Forum ini menampilkan tiga panel jemputan khas yang mewakili tiga tonggak utama kerjasama tripartit, iaitu kerajaan, majikan dan pekerja:

🔶YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon
Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

🔶YBhg. Datuk Haji Shamsuddin Bardan
Penasihat, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)

🔶YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP. Mammal
President, Union Network International – Malaysian Liaison Council (UNI MLC)

Gabungan pandangan daripada ketiga-tiga wakil ini memperkukuh komitmen bersama dalam memacu agenda KKP negara ke arah standard perlindungan pekerja yang lebih progresif, berkesan dan berdaya tahan.






Read more...

Sesi Libat Urus Memperkasa Pergerakan Kesatuan Sekerja Tahun 2026

 




Satu Sesi Libat Urus Memperkasa Pergerakan Kesatuan Sekerja Tahun 2026 anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah diadakan selama 4 hari 3 malam bertempat di Kroh Hot Springs & Riverside, Pengkalan Hulu, Perak. 


Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Anita binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

Turut hadir ialah Pengarah Kanan JHEKS Putrajaya bersama Pengarah-Pengarah JHEKS Negeri dari seluruh Malaysia.


Sesi libat urus ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara JHEKS dan kesatuan-kesatuan sekerja di samping menjadi platform untuk membincangkan isu-isu semasa, berkongsi pandangan serta mendapatkan maklum balas bagi memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia. 


Antara kesatuan yang dijemput menyertai program ini ialah:

  • Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkeranian Pos Semenanjung Malaysia (UPCW)
  • Kesatuan Pekerja-Pekerja Toyo Tyre Malaysia Berhad
  • Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Air Perak
  • Kesatuan Pekerja-Pekerja AUEGASS
  • Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkeranian Pos Semenanjung Malaysia (UPCW) telah diwakili oleh Presiden, Haji Mohd Effendy Abdul Ghani dan Setiausaha Agung, Haji Muhammad Nizam bin Md Hadzir.


Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi perbincangan, perkongsian pengalaman serta libat urus yang memberi fokus kepada pengukuhan tadbir urus kesatuan, pematuhan undang-undang, pembangunan kepimpinan dan usaha memperkasakan peranan kesatuan sekerja sebagai rakan strategik kerajaan dalam memperjuangkan kebajikan serta hak-hak pekerja. Program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi kerjasama antara JHEKS dan semua kesatuan sekerja demi mewujudkan pergerakan kesatuan yang lebih progresif, berdaya saing dan mampan.



Hj Nizam Hadzir

SUA UPCW

Read more...

Laporan Penuh Program Pendidikan Pekerja

 



Laporan Penuh Program Pendidikan Pekerja
28 JULAI 2026 (SELASA)
9.00am-12.30pm

Program ini bermula dengan taklimat Skim Lindung 24 Jam oleh Pegawai Korporat PERKESO. Beliau memberi penerangan mengenai faedah-faedah dan manfaat yang diberi oleh pihak PERKESO kepada pekerja. Selain itu, beliau menerangkan kaedah bagi pekerja yang ingin keluar daripada caruman SKBBK melalui borang ‘Opt-Out’ dimana diberi tempoh sehingga 31 Ogos 2026 sahaja. Selepas daripada tarikh ini, tiada lagi pekerja dibenarkan untuk ‘Opt-Out’.

2) Taklimat Pemeriksaan oleh Pegawai JTK terhadap majikan oleh En.Asyraf bin Ahmad Kushairi, Pegawai JTK Kanan, PTKKL


Taklimat ini berkisar tentang peranan JTK sebagai agensi yang diberi tanggungjawab melaksanakan pemeriksaan pematuhan dari segi Akta Kerja 1955 dan implementasi yang dilakukan. Beliau juga menerangkan secara asas perkara-perkara yang perlu ada di dalam kontrak pekerjaan.


Secara keseluruhan, program perburuhan pada hari ini memberi manfaat kepada setiap peserta tentang Skim Lindung 24 Jam serta mengetahui tanggungjawab pegawai penguatkuasa menjalankan pemeriksaan di setiap premis syarikat dan jumlah kompaun/penalti yang dikenakan bagi setiap perlanggaran Akta Kerja 1955.


Amirulhadi Zawawi

Presiden
KPP Perodua Global Manufacturing

Read more...

Monday, July 27, 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Yusoff bin Harun

 


Tahniah dan syabas kepada YBrs. Tuan Haji Yusoff bin Harun atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Semoga amanah baharu ini terus digalas dengan penuh kewibawaan, integriti dan kecemerlangan.


Read more...

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Che Mohd Rokman bin Che Awang

 


Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Encik Che Mohd Rokman bin Che Awang atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Semoga terus cemerlang menerajui amanah kepimpinan dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen demi kecemerlangan organisasi serta perkhidmatan yang unggul.

Read more...

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Bashah bin Bachik


Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Bashah bin Bachik atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JHEKS. Semoga terus cemerlang menerajui kepimpinan dengan penuh integriti dan dedikasi.


Read more...

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Betty binti Hasan

 


Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Betty binti Hasan atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia.

Semoga terus cemerlang menerajui kepimpinan dengan penuh integriti, komitmen dan dedikasi demi kecemerlangan organisasi serta perkhidmatan yang unggul.


Read more...

Friday, July 24, 2026

KUNJUNGAN SOLIDARITI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN. BHD. (KESAIS) KE UNI-MLC

 


Pada 24 Julai 2026, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (KESAIS) telah mengadakan kunjungan solidariti bersama Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bertempat di Pejabat UNI-MLC.

Delegasi KESAIS telah diwakili oleh Saudara Azizzuddin, Timbalan Presiden; Saudara Noor Hairulnizam, Setiausaha Agung; dan Saudara Masrudy Asfar, Bendahari.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai hala tuju kesatuan, cabaran semasa yang dihadapi serta usaha untuk memperkukuh peranan dan kerjasama dalam memperjuangkan kebajikan serta kepentingan para pekerja.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Tuan Haji Ismail, Timbalan Presiden UNI-MLC, dan Tuan Haji Nik, Penolong Setiausaha Agung UNI-MLC.

Kunjungan ini mencerminkan semangat solidariti dan komitmen berterusan antara kesatuan dalam memperkukuh hubungan, bertukar pandangan serta membina kerjasama yang lebih erat demi kepentingan bersama

Read more...

Thursday, July 23, 2026

Majlis Makan Malam Solidariti UNI-MLC

 



Majlis Makan Malam Solidariti UNI-MLC Perkukuh Sinergi Strategik Kepimpinan Kerajaan, Kesatuan Sekerja dan Pemegang Taruh dalam Memacu Agenda Pembangunan Pekerja Negara, diserikan kehadiran YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBM Steven Sim Chee Keong

Read more...

Mesyuarat Penambahbaikan Perjanjian Bersama Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 23 Julai 2026, seramai 10 orang wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG telah menghadiri Mesyuarat Penambahbaikan Perjanjian Bersama bagi mengemukakan cadangan serta pandangan yang diterima daripada ahli-ahli kesatuan.

Bagi pihak kesatuan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Mohamed Shafie atas kesudian menerima kehadiran kami, memberikan ruang untuk kami membentangkan cadangan yang dikemukakan, serta berkongsi pandangan dan maklum balas yang membina sepanjang mesyuarat berlangsung.

Kesatuan amat menghargai komitmen dan keterbukaan pihak pengurusan dalam usaha memperkukuh hubungan perusahaan yang harmoni serta memastikan kebajikan dan kepentingan para pekerja terus diberikan perhatian sewajarnya.

Read more...

Kunjungan Solidariti KKA PPUM Bersama Kepimpinan UNI-MLC Memperkukuh Jalinan Kerjasama Kesatuan

 

Kunjungan Solidariti antara Kesatuan Kakitangan Am PPUM (KKA PPUM) bersama Kepimpinan UNI-MLC telah diadakan pada 23 Julai 2026 bertempat di Pejabat UNI-MLC.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan silaturahim, membina jaringan kerjasama serta menjalinkan hubungan strategik antara KKA PPUM dan UNI-MLC sebagai usaha ke arah memperkasakan gerakan kesatuan sekerja. Sesi pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan berkaitan hasrat KKA PPUM untuk menyertai keluarga besar UNI-MLC dalam masa terdekat.

Delegasi KKA PPUM diketuai oleh:

  • Sdra. Rashidi Abu Bakar – Presiden
  • Sdra. Asnizam Bin Ramli – Setiausaha

Manakala pihak UNI-MLC diwakili oleh:

  • Datuk Mohamed Shafie BP Mammal – Presiden
  • Sdra. Shaffie Bin Osman – Penolong Setiausaha
  • Sdra. Samuel Devadasan – Ahli Bersekutu

Dalam pertemuan tersebut, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepimpinan KKA PPUM atas kesudian mengadakan kunjungan tersebut. Perbincangan turut meliputi beberapa perkara berkaitan perkembangan semasa gerakan kesatuan sekerja, cabaran yang dihadapi oleh kesatuan pada masa kini serta kepentingan memperkukuhkan kerjasama dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan pekerja.


Kunjungan ini mencerminkan komitmen bersama antara KKA PPUM dan UNI-MLC dalam memperluaskan jaringan solidariti, memperkukuhkan hubungan kesatuan serta membina kerjasama yang lebih mampan pada masa hadapan.







Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP