PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERBUKA 2026 MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA
32 Pasukan Sertai Kejohanan Anjuran JHEKS Selangor/WPKL, UNI-MLC dan UPUS
Bangi, Selangor, 16 Ogos 2026 — Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka 2026 anjuran JHEKS Selangor/WPKL, UNI-MLC dan UPUS Semenanjung Malaysia telah melabuhkan tirai dengan jayanya selepas berlangsung selama dua hari, pada 15 dan 16 Ogos 2026.
Kejohanan yang disertai 32 pasukan daripada kesatuan sekerja dan bukan kesatuan sekerja ini bukan sahaja mencungkil bakat sukan, malah memperkukuh hubungan silaturahim, kerjasama dan semangat perpaduan dalam kalangan peserta.
Majlis penyampaian hadiah dimulakan oleh Hj. Ismail bin Hj. Ali, Timbalan Presiden UNI-MLC bagi penyampaian hadiah tempat keempat dan ketiga.
Keputusan pertandingan:
🏆 Juara: Kesatuan RISDA
🥈 Naib Juara: Kesatuan NUTP
🥉 Tempat Ketiga: Kesatuan KWSP
🏅 Tempat Keempat: Kesatuan FELDA
Penyampaian hadiah Naib Juara telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, manakala hadiah Juara telah disampaikan oleh Tuan Haji Azzal bin Hj. Abu Talib.
Penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan, pemain, pengadil, urus setia dan pihak terlibat atas komitmen dalam menjayakan kejohanan ini.
Pertandingan ini diharapkan terus menjadi platform memperkukuh jaringan kesatuan sekerja serta menggalakkan budaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas semangat kesukanan yang ditampilkan.