SEMINAR PEMBANGUNAN KESATUAN SEKERJA BAGI SEKTOR LOGISTIK DI MALAYSIA
Tarikh: 10 Ogos 2026
Tempat: Hotel Capitol, Kuala Lumpur
Seramai 26 orang peserta yang mewakili tujuh (7) buah kesatuan sekerja daripada sektor logistik di Malaysia telah menyertai Seminar Pembangunan Kesatuan Sekerja bagi Sektor Logistik di Malaysia.
Seminar ini dianjurkan sebagai salah satu usaha strategik dalam memperkukuh dan memperkasakan peranan kesatuan sekerja dalam sektor logistik, di samping membina jaringan kerjasama yang lebih tersusun dan berkesan di peringkat nasional serta antarabangsa.
Antara objektif utama seminar adalah:
🔶 Berkongsi pandangan mengenai cabaran dan peranan kesatuan sekerja sektor logistik di peringkat nasional.
🔶 Memperkukuh solidariti serta jaringan kerjasama strategik bersama UNI Global Union.
🔶 Membincangkan dan merangka Memorandum Persetujuan bagi penubuhan Rangkaian Kerjasama UNI-MLC Sektor Logistik sebagai platform penyelarasan dan kerjasama antara kesatuan-kesatuan berkaitan.
🔶 Menubuhkan dan melantik Ahli Jawatankuasa Sektor Logistik Malaysia bagi memperkukuh penyelarasan serta pelaksanaan agenda pembangunan sektor logistik pada masa hadapan.
Seminar ini telah dikendalikan oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, bersama Sdr. Kalma Mohd Ayzad Mohd Ali dan Sdr. Shaffie Osman, Penolong Setiausaha Agung UNI-MLC. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Effendy Abdul Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC
Hasil perbincangan dan kesepakatan bersama, empat (4) orang pemimpin telah dipilih secara sebulat suara untuk menerajui Jawatankuasa Sektor Logistik Malaysia, seperti berikut:
🟠Pengerusi - Tuan Haji Suratmin Haji Alwi
🟠Naib Pengerusi - Sdr. Saiful Adli
🟠Setiausaha - YM Ungku Mohd Hafiz
🟠Bendahari - Sdr. Muhammad Azli Shah
Penubuhan jawatankuasa ini merupakan satu langkah penting ke arah memperkukuh suara, solidariti dan kerjasama kesatuan sekerja sektor logistik di Malaysia, sekali gus mewujudkan platform yang lebih tersusun untuk memperjuangkan kepentingan serta pembangunan warga pekerja dalam sektor berkenaan.




