Tuesday, August 4, 2026

Perbincangan Persiapan Perjanjian Bersama Kali Ke-21 Kesatuan Pekerja-Pekerja Continental Tyre PJ Malaysia Sdn. Bhd.


Perbincangan Persiapan Perjanjian Bersama Kali Ke-21 Kesatuan Pekerja-Pekerja Continental Tyre PJ Malaysia Sdn. Bhd.

Perbincangan Persiapan Perjanjian Bersama Kali Ke-21 antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Continental Tyre PJ Malaysia Sdn. Bhd. dan Continental Tyre PJ Malaysia Sdn. Bhd. bagi tempoh 2027–2029 telah berlangsung selama tiga (3) hari, bermula pada 3 Ogos 2026 hingga 5 Ogos 2026 di OE Resort, Mantin, Negeri Sembilan.

Majlis telah dirasmikan pada 4 Ogos 2026 oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC. Turut hadir ialah Saudara Mathialagan, Setiausaha Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja Continental Tyre PJ Malaysia Sdn. Bhd. merangkap Bendahari UNI-MLC.

Sesi perbincangan ini diadakan bagi memperkemaskan kandungan Perjanjian Bersama sebelum dikemukakan kepada pihak syarikat untuk proses rundingan. Persediaan yang rapi ini mencerminkan komitmen kesatuan dalam memastikan setiap cadangan yang dibawa adalah menyeluruh, praktikal serta mampu memperkukuhkan kebajikan, hak dan kepentingan seluruh pekerja.

Bagi pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Continental Tyre PJ Malaysia Sdn. Bhd., kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal atas kesudian meluangkan masa untuk hadir, menyempurnakan majlis perasmian serta berkongsi pandangan, pengalaman dan nasihat sepanjang program ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan menjadi asas kepada rundingan Perjanjian Bersama Kali Ke-21 yang lebih mantap dan memberi manfaat kepada seluruh warga pekerja.

Presiden CTEU


#UnionPower #BersatuTeguh








 

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP