Tuesday, November 3, 2026

SESI PERBINCANGAN MEJA BULAT: PENGUKUHAN TADBIR URUS GAJI NEGARA KE ARAH PERTUMBUHAN YANG INKLUSIF DAN MAMPAN

 


📅 Tarikh: 3 November 2026 (Selasa)
📍 Tempat: Dorsett Putrajaya

Untuk makluman seluruh kepimpinan dan kesatuan gabungan UNI-MLC, UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) telah menghadiri sesi perbincangan meja bulat anjuran Jawatankuasa Pembangunan Strategik Gaji (JPSG), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

UNI-MLC diwakili oleh Presiden, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bersama Setiausaha Agung, Sdra. Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani. Turut hadir Sdra. Rajamorganan, Naib Presiden UNI-MLC, dan Sdri. Jackelina Lajum, Wakil UNI-MLC Sabah.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Prof. Emeritus Datuk Dr. Norma binti Mansor, Pengerusi JPSG. Antara fokus utama program ialah memperkukuh kefahaman bersama, meneliti cabaran struktur gaji dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak bagi membentuk dasar gaji negara yang lebih berkesan.

🎤 Presiden UNI-MLC telah membentangkan tajuk “Memperkukuhkan Pertumbuhan Gaji dan Menangani Pemampatan Struktur Gaji Melalui Rundingan Bersama”, dengan cadangan utama:

✅ Kenaikan gaji tahunan 5% atau RM100 sebulan, mengikut mana lebih tinggi, sebagai penanda aras cadangan.

✅ Menangani wage compression dan menghargai pengalaman serta kemahiran pekerja.

✅ Memperkukuh Perjanjian Bersama (CA) dan peranan MPGN melangkaui gaji minimum.

📊 Pembentangan Bank Negara Malaysia (BNM) mengetengahkan penanda aras Living Wage sekitar RM3,100–RM3,400 sebulan, manakala dapatan kajian yang dibentangkan JPSG menunjukkan pekerja berpendapatan pertengahan mengalami pertumbuhan gaji benar paling lemah bagi tempoh 2010–2024.

Perbincangan turut menyentuh pelaksanaan gaji minimum RM2,000, perlindungan pekerja rentan, sokongan kepada PKS dan keperluan reformasi institusi gaji negara.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), KESUMA.

Antara hala tuju utama yang dirumuskan dalam perbincangan ialah keperluan reformasi gaji secara berperingkat, berasaskan bukti dan mengimbangi perlindungan pekerja dengan kelangsungan perniagaan, sebagai asas pembangunan dasar gaji negara yang lebih mampan.

UNI-MLC menegaskan bahawa gaji minimum hanyalah lantai perlindungan, bukannya siling pendapatan. Pertumbuhan ekonomi mesti turut dinikmati oleh pekerja melalui kenaikan gaji yang adil dan berterusan.

“GAJI MINIMUM IALAH LANTAI, PERJANJIAN BERSAMA MEMBINA TANGGA GAJI.”

Fair Wages, Decent Work, Stronger Unions!

Solidarity Forever!
UNION POWER!!!

Disediakan oleh,

Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung UNI-MLC
3 NOV 2026

#SuaraUNIMLC #UNIMLC #ReformasiGaji #KESUMA #MPGN #BNM #LivingWage #WageCompression #UnionPower

Read more...

Friday, October 30, 2026

MAJLIS ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA 2025

 




📅 Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Royale Chulan Kuala Lumpur

Untuk makluman seluruh kepimpinan dan kesatuan gabungan UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC), UNI-MLC telah menghadiri Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025, anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

UNI-MLC telah diwakili oleh Presidennya, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bersama Setiausaha Agung UNI-MLC, Sdra. Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani, sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan gerakan kesatuan sekerja dalam memperkukuh keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja di Malaysia.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Sebanyak 346 penyertaan daripada pelbagai organisasi di seluruh negara telah melalui proses penilaian, dengan 35 penerima anugerah dipilih sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

🏆 Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen organisasi dalam memperkukuh budaya kerja selamat, pengurusan risiko, inovasi keselamatan serta pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan.

UNI-MLC menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan hak asas setiap pekerja, bukan sekadar pematuhan undang-undang atau pencapaian anugerah.

Kesatuan sekerja perlu terus diberikan peranan yang bermakna dalam pembangunan dasar keselamatan, penilaian risiko dan pelaksanaan langkah pencegahan di tempat kerja.

Kerjasama erat antara kerajaan, majikan, pekerja dan kesatuan sekerja melalui pendekatan Smart Partnership amat penting bagi membina budaya pencegahan yang berkesan serta memastikan setiap pekerja dapat menjalankan tugas dalam persekitaran yang selamat, sihat dan bermaruah.

UNI-MLC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur, KESUMA, JKKP, PERKESO serta semua penerima Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk mempertingkatkan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping memperkukuh hubungan perusahaan yang harmoni serta kebajikan seluruh warga pekerja.

“Pekerja Selamat, Organisasi Hebat, Negara Sejahtera.”

Solidarity Forever!
UNION POWER!!!

Disediakan oleh,

Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung UNI-MLC
29 OKT 2026

Read more...

Thursday, October 29, 2026

UMS Perkukuh Pemahaman Mahasiswa Mengenai Perundingan Kolektif dan Hubungan Kesatuan-Majikan Melalui Kajian Lapangan di KKPPS Sabah


 



27 Oktober 2026 | Dewan Mantanani, Bangunan Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu Sabah 

Seramai 18 orang Pelajar Tahun 3 dalam Program Hubungan Industri di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalankan kajian lapangan di Kesatuan Kakitangan Perkeranian Pos Malaysia Bhd Sabah (KKPPS) bagi memenuhi tugasan akademik untuk Strategi Perundingan dan Timbang Tara. Kajian lapangan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan terma dan kondisi pekerjaan dalam perundingan kolektif, khususnya dari perspektif hubungan antara pihak majikan dengan pihak kesatuan sekerja.

Mereka juga diberikan pengetahuan mengenai kepentingan berkesatuan dan Perjanjian Kolektif termasuk elemen-elemen yang perlu ada bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja terjamin di sepanjang tempoh perkhidmatan dalam sesebuah syarikat/agensi/jabatan yang akan mereka tempuhi termasuk keharmonian antara kesatuan dan majikan apabila berada di alam pekerjaan kelak.

Jackelina Lajium
Setiausaha KKPPS

Read more...

MEMPERKASA KEBAJIKAN PEKERJA, MEMACU KECEMERLANGAN PELABUHAN

 


JOHOR BAHRU, 29 Oct 2026 - ​Satu pertemuan strategik telah diadakan di Johor Bahru yang menghimpunkan kepimpinan utama kesatuan pekerja sektor pelabuhan, melibatkan:


​ YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal (Presiden UNI-MLC)
YM Ungku Mohd Hafiz (Presiden PTPEU)
YBrs. En. Akbar Anuar (Setiausaha Agung PTPEU)
YBrs. Saudara Arshad Ali (Presiden KPPPTP)
​

Perbincangan ini berfokus kepada usaha berterusan dalam mendepani cabaran serta memastikan kebajikan warga kerja pelabuhan—terutamanya di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)—sentiasa diangkat dan diberi keutamaan.
​Keutamaan ini menjadi semakin penting selari dengan pelbagai pencapaian serta rekod cemerlang yang telah dilakar oleh PTP di peringkat antarabangsa, antaranya:

​
Pencapaian Prestasi & Pengiktirafan Terkini PTP:

​Anugerah Operator Pelabuhan Terbaik Asia: PTP baru-baru ini telah dimahkotakan sebagai Best Port Operator di anugerah berprestij Transport Expo Asia (TXA) Awards 2026.

​Rekod Pengendalian Kargo: Berjaya mencatatkan rekod luar biasa dengan mengendalikan lebih 14 juta TEU menerusi aliran operasi yang lancar dan cekap. 

​Pengiktirafan Efisiensi Global: Kekal berada dalam kelompok Top 5 Pelabuhan Kontena Paling Efisien di Dunia mengikut Container Port Performance Index (CPPI) oleh Bank Dunia & S&P Global, serta carta Top 15 Pelabuhan Global (Lloyd’s List).
​Pertumbuhan Zon Bebas: Perkembangan pesat Pelepas Free Zone yang terus memacu sektor logistik dan e-dagang serantau.

​Inisiatif Hijau & Digitalisasi: Komitmen berterusan ke arah elektrifikasi prime mover, sasaran Net Zero Carbon, serta penggunaan teknologi digital termaju untuk keselamatan dan kecekapan operasi.​

Pihak Kesatuan Pekerja sentiasa mengambil berat dan komited untuk terus berbincang bagi mencari mekanisma terbaik demi kesejahteraan pekerja. Kejayaan melakar prestasi bertaraf dunia ini adalah hasil titik peluh dan dedikasi seluruh warga kerja pelabuhan. Kebajikan mereka wajar terus diperkasakan melalui kerjasama harmoni bersama pihak majikan yang didukung oleh kesatuan gabungan di bawah naungan UNI-MLC.
​
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan ditujukan kepada YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, atas kepimpinan, pandangan strategik, serta sokongan padu beliau kepada kesatuan-kesatuan pekerja sektor pelabuhan.

​
Pertemuan ini diakhiri dengan semangat solidariti yang kukuh. Berteraskan prinsip Smart Partnership (Perkongsian Pintar) bersama pihak majikan dan pemegang taruh, kita yakin keharmonian industri serta kecemerlangan perkhidmatan pelabuhan dapat terus dipertingkatkan demi kebaikan bersama.

Read more...

MESYUARAT PERBINCANGAN PERJANJIAN BERSAMA (C.A) KE-6 KPPPTP PENGGAL 2026-2029

 



Kesatuan KPPPTP telah mengadakan Mesyuarat Perbincangan Perjanjian Bersama (Collective Agreement) Penggal Ke-6 bagi tempoh 2026–2029 pada 28 Oktober 2026 (Rabu), bertempat di Emerald 1, Aras 3, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru. Mesyuarat berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Mesyuarat tersebut telah dipimpin dengan bimbingan dan nasihat oleh Penasihat KPPPTP merangkap Presiden UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC), YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.

Fokus utama mesyuarat adalah untuk membincangkan dan merundingkan perkara-perkara berkaitan Perjanjian Bersama Penggal Ke-6, dengan memberikan penekanan kepada perlindungan hak, kepentingan serta kebajikan ahli. Sesi ini turut menjadi platform penting bagi memperhalusi cadangan dan pendirian kesatuan demi mencapai persetujuan yang konstruktif serta memberikan manfaat kepada seluruh ahli KPPPTP.


BARISAN KEPIMPINAN YANG HADIR


YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal – Presiden UNI-MLC merangkap Penasihat KPPPTP

En. Arshad Ali – Presiden KPPPTP
En. Saharul Nizam – Timbalan Presiden KPPPTP
En. Hanafi – Setiausaha
En. Zaiful Aznoor – Penolong Setiausaha
En. Aznan – Ahli Jawatankuasa
En. Mazli – Ahli Jawatankuasa

Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang profesional, teratur dan berteraskan semangat kerjasama. Komitmen serta penglibatan aktif barisan kepimpinan dalam sesi perbincangan mencerminkan kesungguhan Kesatuan KPPPTP untuk memastikan proses rundingan dilaksanakan secara berhemah, telus dan berfokus kepada kepentingan ahli.


Kesatuan KPPPTP merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan serta Ahli Jawatankuasa atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat ini.


Semoga rundingan Perjanjian Bersama Penggal Ke-6 bagi tempoh 2026–2029 mencapai hasil yang positif serta menyumbang kepada pemeliharaan hak, peningkatan kebajikan dan kesejahteraan seluruh ahli KPPPTP.

KPPPTP – BERKHIDMAT DEMI KEADILAN!

Read more...

Monday, October 26, 2026

BERITA DARI SARAWAK - BENGKEL SIASATAN DALAMAN (DOMESTIC INQUIRY) ANJURAN UNI-MLC BADAN PERHUBUNGAN SARAWAK

 


Seramai 34 orang peserta yang mewakili 13 buah Kesatuan telah menghadiri Bengkel Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry – DI) selama sehari yang dianjurkan oleh UNI-MLC Badan Perhubungan Sarawak pada Isnin, 26 Oktober 2026, bertempat di Dewan Persidangan Sri Kenyalang, Pejabat PERKESO Cawangan Kuching.

Bengkel ini dikendalikan oleh Sdra. Tuan Haji Shaffie bin Osman, Penolong Setiausaha UNI-MLC, Sektor Kewangan.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta mengenai prosedur siasatan dalaman melalui penglibatan aktif serta panduan praktikal dalam mengendalikan kes berdasarkan bukti, undang-undang yang berkaitan dan prosedur yang ditetapkan.

Hasil: Bengkel ini telah memperkukuh pengetahuan dan kemahiran praktikal peserta dalam mengendalikan kes siasatan dalaman, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka untuk mewakili ahli kesatuan dengan lebih berkesan serta memastikan keadilan dan pematuhan kepada proses yang sewajarnya di tempat kerja.

Kamasiah Hj Taiban
Setiausaha Badan Perhubungan UNI-MLC Sarawak

Read more...

Sunday, October 25, 2026

KOPERASI UNI-MLC BERHAD ANJUR MESYUARAT AGUNG KALI KELIMA




KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2026 – Koperasi UNI-MLC Berhad mengadakan Mesyuarat Agung Kali Kelima pada Sabtu, jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Sri Pos, Tingkat 3, Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi membincangkan perkembangan koperasi, menilai prestasi pengurusan serta memperkukuh tadbir urus dan hala tuju organisasi demi kepentingan anggota.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kepimpinan yang berwibawa, semangat kerjasama serta komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan koperasi sebagai wadah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan anggota.

Beliau turut menggesa semua ahli kesatuan yang bergabung di bawah UNI-MLC agar memberikan sokongan padu kepada Koperasi UNI-MLC Berhad (UNIKOOP) dengan menyertai koperasi tersebut sebagai anggota. Menurut beliau, penglibatan yang lebih menyeluruh daripada ahli kesatuan mampu memperkukuh kedudukan koperasi, meningkatkan kekuatan ekonomi bersama serta membuka lebih banyak peluang untuk manfaat dan kebajikan anggota pada masa hadapan.

Beliau juga menyeru agar semangat perpaduan dan kerjasama terus dipupuk antara kepimpinan kesatuan dengan anggota bagi memastikan UNIKOOP berkembang sebagai sebuah koperasi yang kukuh, berdaya saing dan mampan.

Penganjuran mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara kepimpinan dan anggota, meningkatkan ketelusan pengurusan serta memastikan koperasi terus berkembang secara mampan.

Komitmen bersama, tadbir urus yang baik dan penglibatan aktif anggota menjadi asas kepada kemajuan Koperasi UNI-MLC Berhad.

Sekian, terima kasih.

Read more...

Friday, October 23, 2026

ABBOA and AFFIN Bank Berhad Sign Sixth Collective Agreement

 







23 October 2026

The Affin Bank Berhad Officers Association (ABBOA) and AFFIN Bank Berhad today successfully signed the Sixth Collective Agreement (CA), marking an important milestone in their ongoing commitment to maintaining harmonious and constructive industrial relations.

Representing AFFIN Bank Berhad were En. Ahmad Addlan Nabil, Head of Group Industrial Relations & People Governance, and Pn. Nor Azliza Abd Rahman, Chief People Officer, Affin Hwang Investment Bank Berhad, while ABBOA was represented by En. Mohamad Faizal Adzimi, Former President of ABBOA, and Pn. Siti Nor Aishah Abdullah, President of ABBOA.

The signing ceremony was witnessed by YBhg. Datuk Shafie BP Mammal, President of UNI-MLC, YBhg. Datuk Dr. Mohd Syukri Ahmad Sudari, Group Chief People Officer of AFFIN Bank Group, and YBrs. Dr. Balasubramaniam A. Tarumaraja, Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur.

Following the expiry of the previous Collective Agreement in December 2025, ABBOA submitted its proposals for a new agreement, with negotiations commencing in March 2026. The successful conclusion of negotiations within a relatively short period reflects the spirit of mutual respect, trust and cooperation demonstrated by both parties.

ABBOA extends its sincere appreciation to YBhg. Datuk Shafie BP Mammal for his guidance and support throughout the collective bargaining process. The Association also thanks AFFIN Management, the Bank's Industrial Relations and People Office teams, as well as the distinguished leaders and representatives of UNI-MLC affiliated unions and sister unions whose presence and support made the occasion even more meaningful.

The signing of the Sixth Collective Agreement reaffirms the shared commitment of ABBOA and AFFIN Bank Berhad to fostering positive industrial relations and supporting the well-being and advancement of employees.

Read more...

Thursday, October 22, 2026

MAJLIS ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (MSOSH) KALI KE-44 TAHUN 2026

 



📅
 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)


📍 Tempat: One World Hotel, Petaling Jaya

Untuk makluman seluruh kepimpinan dan kesatuan gabungan UNI-MLC, UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) telah menghadiri Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH Kali Ke-44 Tahun 2026 anjuran Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH).

UNI-MLC telah diwakili oleh Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bersama Setiausaha Agung UNI-MLC, Sdra. Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani, sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan gerakan kesatuan sekerja terhadap usaha memperkukuh keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja di Malaysia.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Sebanyak 227 pengiktirafan diraikan pada tahun ini, merangkumi:

🏆
199 MSOSH Awards
🏆 28 MSOSH RISE Awards

Penganjuran anugerah ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan organisasi dalam memperkukuh budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), pengurusan risiko serta usaha pencegahan kemalangan di tempat kerja.

UNI-MLC menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan hak asas setiap pekerja, bukan sekadar pematuhan undang-undang atau pencapaian anugerah.

Kerjasama erat antara majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan agensi kerajaan amat penting bagi memastikan setiap pekerja dapat menjalankan tugas dalam persekitaran yang selamat, sihat dan bermaruah.

UNI-MLC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden MSOSH, Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar bin Ismail, seluruh kepimpinan MSOSH serta semua penerima anugerah.

Semoga hubungan dan kerjasama antara UNI-MLC, MSOSH serta pihak berkepentingan terus diperkukuh demi memperjuangkan keselamatan, kesihatan dan kebajikan seluruh warga pekerja.

*Safe Work, Healthy Workers, Stronger Unions!*

Solidarity Forever!
UNION POWER!!!

Disediakan oleh,
Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung UNI MLC

22 OKT 2026

Read more...

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja Aeon Co. (M) Bhd Pada 21.10.2026 Di Pejabat UNI-MLC

 


Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd. telah diadakan di Pejabat UNI-MLC.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 11 orang ahli Majlis Jawatankuasa Kerja, dengan 5 orang hadir secara fizikal manakala 6 orang lagi menyertai mesyuarat secara dalam talian.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah perancangan aktiviti kesatuan, isu-isu dan aduan yang dibangkitkan oleh ahli kesatuan serta penyediaan pelan tindakan yang bersesuaian bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh ahli. Perbincangan ini bertujuan memastikan kebajikan, hak dan kepentingan ahli kesatuan sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, yang telah berkongsi nasihat, pandangan dan ilmu pengetahuan dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli kesatuan, berdasarkan perspektif perundangan di Malaysia serta peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian Kolektif Kesatuan.

Panduan dan perkongsian yang diberikan oleh Datuk Presiden amat bermakna buat kami.

Bagi pihak Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan AEON Co., kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Presiden UNI-MLC atas kesudian meluangkan masa untuk berkongsi ilmu, memberikan tunjuk ajar serta membimbing barisan kepimpinan kesatuan.

Read more...

Wednesday, October 21, 2026

LAPORAN PENUH SEMINAR PHEKS 2026 UPUS CAWANGAN KEDAH

 




KEDAH, 20 OKTOBER 2026 (SELASA) – Seminar PHEKS 2026 anjuran Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) Cawangan Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Oktober 2026. Seminar ini memberi tumpuan kepada aspek kepimpinan kesatuan, peranan dan tanggungjawab pemimpin, kebajikan anggota, perlindungan sosial serta perkembangan semasa berkaitan warga kerja Pos Malaysia Berhad.

Penganjuran seminar ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh pengetahuan dan kefahaman anggota kesatuan mengenai peranan mereka dalam gerakan kesatuan sekerja. Selain itu, program ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan pertukaran pandangan bersama pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), kepimpinan UPUS, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta pihak pengurusan Pos Malaysia Berhad.

Program dimulakan dengan majlis perasmian, diikuti taklimat bertajuk “Kepimpinan Kesatuan” yang disampaikan oleh YBrs. Encik Muhammad Azri bin Hulam Rasol, Penolong Pengarah, JHEKS Perak.

Dalam sesi tersebut, para peserta diberikan pendedahan mengenai kepentingan membentuk kepimpinan kesatuan yang berintegriti, berpengetahuan, berwibawa dan bertanggungjawab dalam memperjuangkan kepentingan serta menjaga kebajikan anggota.

Sesi ini juga membuka ruang kepada para peserta untuk mendapatkan penjelasan mengenai peranan serta tanggungjawab pemimpin dalam memperkukuh gerakan kesatuan sekerja, di samping meningkatkan keberkesanan hubungan antara kepimpinan dengan anggota di peringkat akar umbi.

Seminar diteruskan dengan taklimat oleh Puan Wan Norzaidani binti Wan Mohd Zain, Ketua Operasi.

Taklimat ini memberikan penerangan mengenai perjalanan operasi Pos Malaysia Berhad serta cabaran yang dihadapi oleh syarikat dalam mendepani perkembangan dan keperluan semasa industri perkhidmatan pos dan kurier.

Para peserta turut berpeluang mendapatkan penjelasan secara langsung mengenai isu-isu operasi semasa serta langkah-langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh pihak syarikat bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

Pada sebelah petang, seminar diteruskan dengan taklimat bertajuk “Faedah dan Produk PERKESO Terkini” yang disampaikan oleh Encik Muhammad Faizal bin Othman, Pegawai PERKESO Kedah.

Taklimat ini memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai pelbagai kemudahan, faedah dan bentuk perlindungan sosial yang disediakan oleh PERKESO kepada pekerja yang layak, tertakluk kepada syarat serta peruntukan yang berkuat kuasa.

Para peserta turut diberikan penerangan mengenai kepentingan memahami hak dan kelayakan masing-masing, khususnya dalam situasi yang melibatkan kemalangan, keilatan atau keadaan lain yang boleh menjejaskan keupayaan seseorang pekerja untuk meneruskan pekerjaan.

Seterusnya, para peserta mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Encik Fadlur Rahman bin Mohamed Gani, Lead Benefit & Reward, Pos Malaysia Berhad.

Sesi ini menjadi platform perkongsian maklumat berkaitan perkembangan semasa syarikat serta perkara-perkara yang mempunyai kepentingan kepada warga kerja Pos Malaysia Berhad.

Melalui sesi tersebut, para peserta berpeluang mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan perkara yang menyentuh kepentingan pekerja, sekali gus meningkatkan kefahaman mereka terhadap perkembangan semasa dalam organisasi.

Seminar PHEKS 2026 UPUS Cawangan Kedah diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta yang telah mengikuti program tersebut.

Secara keseluruhannya, Seminar PHEKS 2026 UPUS Cawangan Kedah telah menyediakan platform yang bermanfaat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kesedaran anggota mengenai kepimpinan kesatuan, kebajikan pekerja, perlindungan sosial serta perkembangan semasa dalam sektor perkhidmatan pos dan kurier.

Penglibatan pihak JHEKS, kepimpinan UPUS, PERKESO dan Pos Malaysia Berhad telah memberikan perspektif yang lebih menyeluruh kepada para peserta tentang kepentingan peranan kesatuan sekerja serta kerjasama strategik antara anggota, kepimpinan kesatuan dan pihak berkepentingan.

Ilmu Diperkasa, Kepimpinan Diperkukuh, Kebajikan Anggota Terus Diperjuangkan.

Sekian, terima kasih.

Haji Nikmatullah Bin Abu Baka Citi.
Setiausaha Agung
Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) Semenanjung Malaysia.

Read more...

Tahniah Atas Kejayaan Sesi Temu Bual Kesatuan Sekerja Perodua Bersama Pelajar UiTM Puncak Alam

 



Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, merakamkan ucapan tahniah kepada Sdr. Amirul, Presiden Kesatuan Perodua, dan Sdri. Siti Aminah, Timbalan Setiausaha Kesatuan, atas kejayaan mengendalikan sesi temu bual bersama pelajar-pelajar UiTM Puncak Alam. Usaha murni ini amat dihargai kerana berupaya memperkukuh pemahaman generasi mahasiswa terhadap peranan dan kepentingan kesatuan sekerja.

Pada 20/10/2026 jam 11.00 pagi-1.00petang, suatu temubual oleh Pelajar-pelajar Bachelor UITM Puncak Alam jurusan Sumber Manusia & Perhubungan Industri bersama MJK Kesatuan yang terdiri drpd Presiden Kesatuan, En. Amirul dan Timb.Setiausaha, Pn.Siti Aminah.

Dalam temubual ini, pelajar-pelajar kini menjalankan sesi temubual berkisar tentang penubuhan kesatuan, fungsi kesatuan, rundingan Collective Agreement, Cara Kesatuan membantu ahli Kesatuan menangani kos sara hidup yang semakin tinggi, cara Kesatuan menjalankan siasatan dalaman jika berlaku misconduct dalam kalangan ahli Kesatuan dan banyak lagi.


Sekian, terima kasih

Read more...

Monday, October 19, 2026

PERJUMPAAN KESEK BERSAMA PRESIDEN UNI-MLC

 


Pada 19 Oktober 2026, Kesatuan Eksekutif MBSB Bank Berhad (KESEK) telah mengadakan perjumpaan bersama Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, bertempat di Menara MBSB, PJ Sentral.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan dan wakil KESEK:

1. Bazilah Yacob – Mantan Presiden
2. Muhammad Hafizi Halim – Presiden
3. Muhammad Faris Abdul Halil– Naib Presiden
4. Aisyah Nabilah Basir– Setiausaha
5. Norashakin Nordin – Bendahari
6. Nurulhayat Mohamad Nor– Ahli Jawatankuasa
7. Safiah Ahmad Sukri– Ahli Jawatankuasa

Perjumpaan ini bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak UNI-MLC berhubung Collective Agreement Kedua KESEK, khususnya berkaitan hala tuju, perkara yang telah dibincangkan serta langkah-langkah untuk memuktamadkan perjanjian tersebut.

Semoga perkongsian ilmu, pandangan dan nasihat yang diberikan menjadi panduan kepada KESEK dalam memastikan proses CA Kedua berjalan lancar demi menjaga kepentingan, hak dan kebajikan seluruh ahli kesatuan.

Read more...

Sunday, October 18, 2026

Dialogue Session on Organising at XL Smart-Axiata

 




A Dialogue Session on Organising at XL Smart was held on 15 October 2026 in Kuala Lumpur, Malaysia, bringing together trade union leaders and representatives from Indonesia, Malaysia, UNI Global Union and UNI Apro.

The meeting provided an important platform to exchange views on recent developments at XL Smart following the merger, discuss workplace and industrial relations challenges, and identify future organising priorities and opportunities for cooperation.

The session began with opening remarks by Bro. Shinichi Kitano, President of UNI Apro ICTS, followed by a presentation from Bro. Ahmad Henry Machsuni, President of XL Smart Union, on the current situation and challenges facing the union.

The meeting was also attended by Bro. Abdul Rachman, General Secretary of XL Smart Union; Bro. Andi Siswanto, President of Indosat Union and UNI Apro ICTS Committee Member; Bro. Yudianto Suparji Warsorejo, General Secretary of Indosat Union; Sis. Dwi Handayani Busono, ASPEK Representative and UNI ICTS Global Union Committee Member; Bro. Benjamin Parton, Head of UNI ICTS; and Sis. Fumiko Kimura, Director of UNI Apro ICTS.

On behalf of UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, President of UNI-MLC, attended the meeting. He expressed his sincere appreciation and thanks to all trade union leaders, representatives and activists for their participation and valuable contributions. He also appreciated the opportunity provided by this significant platform to address recent developments, exchange experiences and discuss the challenges of organising at XL Smart Union. He emphasised the importance of continued cooperation, solidarity and constructive engagement among trade unions to strengthen workers' representation and support the future development of XL Smart Union.

In conclusion, the dialogue served as a valuable platform for strengthening mutual understanding, promoting solidarity and identifying future areas of cooperation. It reaffirmed the shared commitment of participating unions and UNI affiliates to supporting workers' rights, improving industrial relations and strengthening trade union organising in the ICTS sector.

Read more...

Tahniah & Syabas kepada Sabah Commercial Employees' Union (SCEU)

 




Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, merakamkan ucapan tahniah kepada Sdri Noor Ainie, Presiden Sabah Commercial Employees’ Union (SCEU), atas penganugerahan Anugerah Kesatuan Cemerlang Negeri Sabah.

Majlis anjuran KESUMA melalui JHEKS ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, di Sheraton Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan kepimpinan serta komitmen berterusan dalam memperjuangkan hak, kebajikan dan kesejahteraan pekerja.


UNI-MLC is proud of you!


UNION POWER!

Read more...

Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan Kesatuan Sekerja Negeri Sabah Tahun 2026

 


Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sis Jackelina bt. Lajium atas penganugerahan Tokoh Kepimpinan Kesatuan Sektor Swasta sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan, dedikasi dan sumbangan beliau dalam gerakan kesatuan sekerja.

Majlis anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, di Sheraton Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Kejayaan ini menjadi kebanggaan seluruh warga UNI-MLC dan mengukuhkan komitmen kita dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja.


UNI-MLC is proud of you!

UNION POWER!!!

Read more...

Laporan Perjumpaan Rasmi antara Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG dengan Presiden UNI-MLC

 


Tarikh: 16 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Pejabat UNI-MLC, Bangsar
Bersama: Datuk Mohamed Shafie, Presiden UNI-MLC

Wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG:

1. Muhamad Fikri
2. Nazhifuddin
3. Azmil Akmar
4. Mohamed Fakrudin

Perjumpaan ini bertujuan mendapatkan pandangan dan perkongsian ilmu berkaitan Domestic Inquiry (Siasatan Dalaman) serta kaedah rundingan yang lebih berkesan dengan pihak majikan, serta selepas Domestic Inquiry khususnya bagi AJK kesatuan.

Pihak kesatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Mohamed Shafie atas kesudian menerima kunjungan serta memberikan nasihat dan penerangan yang amat bermanfaat kepada wakil kesatuan.

Read more...

Thursday, October 15, 2026

INTERVIEW SESSION WITH UiTM STUDENTS ON TRADE UNION EFFECTIVENESS & COST OF LIVING ISSUES

 



Date: 15 October 2026
Venue: Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur

An interview session was held between students pursuing a Bachelor of Human Resource Management (Honours) at Universiti Teknologi MARA (UiTM) and representatives of PEBARA Union, Bank Rakyat.

The session focused on trade union effectiveness and cost of living challenges, providing valuable insights into the role of trade unions in safeguarding workers’ rights, welfare and interests.


Participants:

UiTM Student Representatives
PEBARA Union Executive Committee, Bank Rakyat
Bro. Mior Awaludin – President, PEBARA
Sis. Yasmin – Vice President, PEBARA
Bro. Mohd Amirrul Ahmad – Secretary, PEBARA
Bro. Shaffie Osman – Deputy Secretary, UNI-MLC

The engagement reflects a shared commitment to strengthening awareness, knowledge exchange and collaboration between academia and the trade union movement.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP