Pertemuan Solidariti tiga pihak telah diadakan pada 10.8.2026 di Hotel Capitol Kuala Lumpur di antara UNI-MLC, GEM dan PROFIMA
Satu Pertemuan Solidariti Tiga Pihak telah diadakan pada 10 Ogos 2026 di Hotel Capitol, Kuala Lumpur, melibatkan UNI-MLC, GEM dan PROFIMA.
Pertemuan ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan strategik, solidariti serta kerjasama antara organisasi dalam usaha memperjuangkan kebajikan, hak dan kepentingan pekerja.
Sdr. Masrizal bin Mahidin, Ketua Aktivis merangkap Pengerusi GEM, telah menyampaikan ucapan serta menyerahkan Memorandum Persetujuan sebagai langkah ke arah penyertaan dan kerjasama bersama UNI Global Union.
Seterusnya, Sdr. Syed Hassan Benyahya, yang mewakili Presiden PROFIMA, turut menyampaikan ucapan dan memohon sokongan dalam usaha menambah baik terma dan syarat perkhidmatan serta imbuhan kepada ahli-ahli PROFIMA.
Dalam ucapannya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sdr. Masrizal serta Sdr. Syed atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memperjuangkan kepentingan serta masa depan para pekerja.

Antara agenda utama yang diberikan perhatian bersama ialah:
Pendapatan yang adil dan mampan (Fair & Sustainable Income);
Perlindungan sosial (Social Protection);
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety & Health);
Ketelusan algoritma dan akauntabiliti platform (Algorithmic Transparency & Platform Accountability); dan
Perwakilan serta hak untuk berorganisasi (Representation & Right to Organise).UNI-MLC menyatakan sokongan penuh terhadap perjuangan GEM dan PROFIMA dalam memastikan hak, kebajikan serta kepentingan pekerja terus dipelihara dan diperkasakan.
Semoga segala usaha, aspirasi dan komitmen yang digerakkan bersama ini diberikan kekuatan serta dipermudahkan untuk direalisasikan demi mewujudkan persekitaran pekerjaan yang lebih adil, selamat, inklusif dan mampan untuk semua.