Saturday, August 22, 2026

KESEK 2026–2029: Memperkukuh Solidariti, Memacu Aspirasi, Melangkah Ke Hadapan

 


Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kesatuan Eksekutif MBSB Bank Berhad (KESEK) bagi Tempoh 2026–2029 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Ogos 2026 bertempat di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Mesyuarat berjalan lancar dalam suasana penuh harmoni, semangat kebersamaan dan komitmen tinggi dalam kalangan ahli KESEK.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Tuan Haji Mohd Effendy Abdul Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC atas kesudian hadir serta menyampaikan amanat, sokongan dan kata-kata inspirasi kepada seluruh warga KESEK.

Semoga semangat solidariti, kesatuan dan perjuangan yang dizahirkan terus menjadi pemangkin kekuatan KESEK dalam memperkukuh peranan serta melangkah lebih jauh pada masa hadapan.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP