Memperkukuh Solidariti, Menyatukan Suara: 316 Ahli KEEP Bersama UNI-MLC
Alhamdulillah, pada hari ini, 22 Ogos 2026, tercatat satu lagi detik bersejarah buat keluarga besar UNI-MLC.
Dengan penuh rasa syukur dan solidariti, Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (KEEP) yang dianggotai seramai 316 orang ahli telah secara rasmi bergabung bersama keluarga besar UNI-MLC.
Borang gabungan telah diserahkan oleh Puan Sofia Nadia Binti Rahim, Setiausaha KEEP, kepada Datuk Mohamed Shafie B.P. Mammal, Presiden UNI-MLC, dalam satu pertemuan yang berlangsung di Kompleks Sukan Proton, Tanjung Malim, Perak.
Turut hadir bersama ialah:
Saudara Ahmad Farhan Bin Md Shokeri – Naib Presiden KEEP
Saudari Noraida Diana Binti Kamaruddin – Timbalan Setiausaha KEEP
Penyertaan KEEP bersama 316 orang ahli ini merupakan satu perkembangan yang amat bermakna dalam memperkukuhkan semangat perpaduan, solidariti dan kebersamaan warga pekerja di bawah payung UNI-MLC.
Semoga gabungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat, suara yang lebih kukuh serta perjuangan yang berterusan demi menjaga kebajikan, kepentingan dan masa depan seluruh warga pekerja.
Selamat datang dan selamat bergabung, KEEP ke dalam keluarga besar UNI-MLC.
Bersatu Kita Teguh, Bersama Kita Perjuangkan Hak Pekerja.
Hidup UNI-MLC!