Thursday, August 13, 2026

PERTEMUAN SOLIDARITI DAN SILATURAHIM BERSAMA SAHABAT LAMA

 



Satu pertemuan silaturahim dan solidariti telah berlangsung antara Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC yang juga mantan Presiden Kesatuan NUTE (Telekom Malaysia Berhad), bersama YBrs. Tuan Azhar bin Omar, Penolong Pengurus Besar, TM Union Management Unit, pada 12 Ogos 2026 bertempat di Pejabat UNI-MLC.

Dalam pertemuan tersebut, Datuk Mohamed Shafie menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan kerjasama berterusan Tuan Azhar yang sentiasa bersikap terbuka serta bekerjasama dengan pihak kesatuan dalam usaha memperkukuh hubungan industri yang harmoni, konstruktif dan saling menghormati.

Pertemuan ini turut mencerminkan nilai persahabatan, solidariti dan hubungan baik yang telah terjalin sekian lama antara kepimpinan Kesatuan dan pihak pengurusan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Azhar atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.

Semoga Tuan Azhar serta keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kebahagiaan.

Selamat maju jaya dan salam solidariti daripada UNI-MLC

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP