Wednesday, August 5, 2026

Perjanjian Bersama (CA) Ke-7 Dimeterai: Lambang Komitmen Kesatuan dan Pengurusan BERNAS

 



Majlis menandatangani Perjanjian Bersama (CA) Ke-7 antara pihak Kesatuan dan pihak Pengurusan yang telah disempurnakan bersama GCEO BERNAS, Dato' Mohammad Azlan bin Abdullah di Hotel Hilton Glenmarie Shah Alam, pada 30 Julai 2026.

Majlis ini melambangkan komitmen bersama antara pihak Pengurusan dan Kesatuan untuk terus memperkukuhkan hubungan perusahaan yang harmoni berteraskan semangat persefahaman, saling menghormati dan kerjasama yang berterusan. Pada masa yang sama, ia menandakan bermulanya pelaksanaan Perjanjian Bersama (CA) Ke-7 selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan warga kerja dan menyokong kelestarian serta daya saing syarikat.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC mengucapkan Tahniah kepada Kepimpinan Kesatuan BERNAS dan Pengurusan BERNAS diatas Kejayaan Menandatangani Perjanjian Bersama Yang Ke 7.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP