Saturday, August 1, 2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF CIMB BANK

 


📅 Tarikh: 1 Ogos 2026
🕚 Masa: 11.00 pagi
📍 Tempat: Bangunan Persatuan Murid-Murid Tua Edwardian Malaysia, Taiping, Perak

Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif CIMB Bank telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat kesatuan, solidariti dan kebersamaan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran para Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif daripada Maybank, AMBank, MBSB Bank, Bank Islam dan Public Bank sebagai tanda sokongan serta komitmen bersama dalam memperkukuh perjuangan dan kebajikan warga pekerja sektor perbankan.


UNI-MLC telah diwakili oleh:

Haji Ismail Haji Ali
Timbalan Presiden UNI-MLC

Semoga mesyuarat ini menjadi titik permulaan yang kukuh dalam memperkasakan organisasi, memperjuangkan hak pekerja serta membina kesatuan yang lebih progresif, berintegriti dan berdaya saing.


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP