Friday, August 14, 2026

SHRREU Perkukuh Jalinan Kerjasama Strategik Bersama Agensi KSM Sabah

 



YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada kepimpinan Kesatuan Pekerja-Pekerja Hotel, Resort dan Restoran Sabah (SHRREU), khususnya Sdr. Bryan Colin Bridger, Presiden SHRREU, Sdr. Shahbudin, Setiausaha Kesatuan serta 11 orang Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) atas pendekatan terbaik dalam menjayakan program ini.

12 Ogos 2026 – SHRREU telah mengadakan kunjungan hormat ke tiga jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) Negeri Sabah iaitu Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sabah, Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Sabah dan PERKESO Negeri Sabah.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama bersama agensi berkaitan, memberi pendedahan kepada barisan MJK mengenai fungsi dan peranan jabatan, serta menyampaikan jemputan rasmi ke seminar SHRREU yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2026.


Inisiatif ini mencerminkan komitmen SHRREU dalam memperkasa hubungan strategik bersama pihak berkepentingan demi kepentingan pekerja sektor hotel, resort dan restoran di Sabah

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP