Mesyuarat Agung Tiga Tahunan bagi Tempoh 2026-2029 Kesatuan Pekerja-Pekerja Rengo Packaging Malaysia Sdn. Bhd.
Tarikh : 8 Ogos 2026
Masa : 4.30 petang
Tempat : Ena Cafe & Restaurant, 27, Jalan Teluk Kapas 27/94, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor
Kehadiran: 52 orang
12 orang Ahli Jawatankuasa Kerja
40 orang ahli
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Fazruizuan bin Rosly selaku Setiausaha, diikuti dengan perkongsian dan penerangan mengenai perkembangan terkini berkaitan C.A.
Seterusnya, Saudara Fazruizuan bin Rosly mengumumkan pelantikan seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) yang baharu bagi menerajui organisasi untuk penggal yang akan datang.
Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Presiden baharu, Saudara Azahar bin Mohamat Dan, yang menyampaikan penghargaan serta komitmen beliau dalam meneruskan amanah dan memperkukuh hala tuju organisasi bersama barisan kepimpinan yang baharu.
Dalam pada itu, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh barisan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik bagi penggal 2026–2029, serta mendoakan agar kepimpinan baharu dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kerjasama.
Mesyuarat kemudiannya ditangguhkan pada jam 6.30 petang.

