Thursday, November 12, 2026

CA Ke-2 UEI Dimeterai: Sokongan UNIMLC, Pemangkin Kejayaan Kesatuan

 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini, kami dari Kesatuan Eksekutif iCIMB atau UEI telah menandatangani CA Ke-2 yang berlangsung di CIMB HUB, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

Terima kasih juga kepada wakil dari UNIMLC iaitu Saudari Siti Nor Aishah, Presiden ABBOA yang hadir memeriahkan lagi ceremony kami pada hari ini.

Di sini, kami UEI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNIMLC yang selama ini memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada kami untuk terus maju dalam menjalankan tugas kesatuan.

Tanpa sokongan dan bimbingan UNIMLC, kami tidak akan sampai ke tahap ini. Dari CA pertama sehingga ke CA ke-2 ini, UNIMLC sentiasa berada di belakang kami.
Sekali lagi, terima kasih UNIMLC.

Daripada kami,
Presiden UEI
UEI - Together We Strong

Read more...

Wednesday, November 11, 2026

Kunjungan Hormat KPPPTP Ke JHEKS Johor: Memperkukuh Hubungan Strategik & Memperkasa Hala Tuju Kesatuan

 


TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KEPIMPINAN KPPPTP!

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Saudara Arshad Ali, Presiden KPPPTP, serta barisan EXCO atas kunjungan hormat ke Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Johor.

Kunjungan yang disambut oleh Pengarah JHEKS Johor, Puan Rafizah binti Abd Manan bersama Pegawai Kesatuan Sekerja Johor, Encik Abdul Razak bin Abu Bakar ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik, di samping membincangkan hala tuju, pentadbiran dan tadbir urus kesatuan.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta memperkukuhkan perjuangan dalam membela kebajikan dan kepentingan pekerja.

Tahniah dan terus maju jaya kepada seluruh kepimpinan KPPPTP!

UNION POWER!!!

Read more...

Saturday, November 7, 2026

Deepavali Greetings from Datuk Mohamed Shafie, President of UNI-MLC


 

Read more...

Thursday, November 5, 2026

ABBOA seek Datuk Shafie's Guidance

 

5 November 2026

ABBOA had the privilege of meeting Datuk Shafie today to seek his advice and guidance on the appropriate response to a show cause letter before the member submits the final reply to Management.

During the meeting, the ABBOA President also sought Datuk's views on the proper protocol and arrangements for hosting a dinner involving VVIP guests as part of the Union's upcoming event planning.

ABBOA sincerely appreciates Datuk Shafie's invaluable advice, guidance, and continuous support. His insights and encouragement continue to be of great benefit to the Union and its members.

Affin Bank Berhad Officers Association (ABBOA) Thank you, Datuk, for your time, wisdom, and unwavering support. 🙏🏻

Read more...

SEJUTA PENGHARGAAN & TERIMA KASIH DARIPADA KAMI

 


Assalamualaikum dan salam hormat.

Bagi pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd., kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, serta seluruh warga UNI-MLC atas kesudian menerima kunjungan wakil kesatuan kami.

Peluang dan ruang yang diberikan amat kami hargai. Sepanjang pertemuan tersebut, banyak ilmu, pengetahuan dan perkongsian pengalaman baharu yang telah kami peroleh, khususnya berkaitan pengurusan kesatuan, peranan kepimpinan serta cabaran dalam memperkasakan gerakan kesatuan sekerja.

Sesungguhnya, perkongsian dan nasihat yang diberikan amat bermakna buat kami dan pastinya menjadi panduan serta nilai tambah dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada ahli-ahli kesatuan.

Kami berharap agar hubungan silaturahim dan kerjasama ini akan terus terjalin erat. Semoga kami dapat terus belajar, menimba pengalaman dan memperkukuhkan perjuangan demi kepentingan serta kebajikan seluruh warga pekerja.

Terima kasih sekali lagi atas sambutan mesra, layanan baik dan segala ilmu yang dikongsikan. Jasa dan kesudian pihak UNI-MLC menerima kunjungan kami amat kami hargai.

Salam solidariti daripada kami.

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA TOYO TYRE MALAYSIA SDN. BHD.

Bersatu Hati, Teguh Berjuang, 
Demi Kebajikan Pekerja.

UNION POWER

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP