Tuesday, August 11, 2026

Kunjungan Solidariti Kepimpinan NUTE ke Pejabat UNI-MLC

 


Pada 11 Ogos 2026, kepimpinan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE) telah mengadakan Kunjungan Solidariti ke Pejabat UNI-MLC dan mengadakan pertemuan bersama Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan hala tuju gerakan kesatuan sekerja, termasuk usaha memperkukuh peranan kesatuan, meningkatkan kerjasama antara organisasi serta memperkasakan perjuangan dalam membela kepentingan dan kebajikan para pekerja.

NUTE telah diwakili oleh:

🔶Sdra. Mohamad Farid bin Mohamad Daud – Presiden
🔶Sdra. Sharolmizan bin Zainuddin – Setiausaha Agung

Kunjungan ini turut menjadi wadah penting dalam mempererat hubungan solidariti serta memperkukuh jaringan kerjasama antara NUTE dan UNI-MLC demi kelangsungan dan kemajuan gerakan kesatuan sekerja di Malaysia.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP