Pertemuan Strategik Kesatuan AEON BiG Malaysia Bersama Presiden UNI-MLC
Kesatuan AEON BiG Malaysia telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama Presiden UNI-MLC, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bagi membincangkan beberapa perkara strategik yang melibatkan kepentingan ahli serta hala tuju masa depan warga kerja AEON BiG Malaysia.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah persediaan rundingan Perjanjian Bersama (Collective Agreement, CA) bagi tempoh 2027–2029, di samping meneliti perkembangan semasa berhubung penutupan beberapa cawangan AEON BiG.
Pertemuan ini turut menjadi platform penting untuk mendapatkan pandangan, bimbingan dan sokongan daripada pihak UNI-MLC dalam usaha memastikan hak, kebajikan serta kepentingan ahli Kesatuan terus dipelihara dan diperkukuhkan.
Kesatuan AEON BiG Malaysia komited untuk terus memperjuangkan kepentingan ahlinya melalui kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan demi menjamin kesejahteraan dan kelangsungan masa depan para pekerja.