MESYUARAT TRI-TAHUNAN KE-13 KPPPTMSB SESI 2026–2028
Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjong Malim Sdn. Bhd. (KPPPTMSB) telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Tri-Tahunan Ke-13 bagi sesi 2026–2028 yang telah berlangsung pada 22 Ogos 2026 bertempat di Dewan Kompleks Sukan Tanjong Malim.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Sumber Manusia Proton, Yang Berbahagia Dr. Kasuma Satria bin Mat Jadi. Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.
Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan menjadi platform penting bagi membincangkan hala tuju serta memperkukuhkan peranan kesatuan dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan para pekerja.
Hasil daripada mesyuarat dan pemilihan yang telah dijalankan, barisan kepimpinan baharu KPPPTMSB bagi sesi 2026–2028 adalah seperti berikut:
Presiden: Tuan Haji Musdi bin Iskandar
Timbalan Presiden: Encik Zulkiflee bin Shaffii
Setiausaha: Encik Razman bin Mohamad Razi
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baharu. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperkukuhkan kesatuan serta menjaga kepentingan seluruh anggota KPPPTMSB.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Sumber Manusia Proton, Yang Berbahagia Dr. Kasuma Satria bin Mat Jadi. Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.
Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan menjadi platform penting bagi membincangkan hala tuju serta memperkukuhkan peranan kesatuan dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan para pekerja.
Hasil daripada mesyuarat dan pemilihan yang telah dijalankan, barisan kepimpinan baharu KPPPTMSB bagi sesi 2026–2028 adalah seperti berikut:
Presiden: Tuan Haji Musdi bin Iskandar
Timbalan Presiden: Encik Zulkiflee bin Shaffii
Setiausaha: Encik Razman bin Mohamad RaziTahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baharu. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperkukuhkan kesatuan serta menjaga kepentingan seluruh anggota KPPPTMSB.






