Wednesday, September 30, 2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

 



UNI-MLC merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.), yang membawa gelaran Dato’.

Pengurniaan darjah kebesaran ini disempurnakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 Tahun 2026, bersamaan 17 Rabiulakhir 1448H.

Pengiktirafan ini mencerminkan penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.

Semoga YB Dato’ Sri terus dikurniakan kekuatan, kesihatan dan kejayaan untuk meneruskan khidmat yang cemerlang, memperkukuh agenda pembangunan modal insan serta memperjuangkan kesejahteraan pekerja dan rakyat Malaysia.

Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah dan syabas, YB Dato’ Sri.

🇲🇾 Terus Berbakti. Terus Memimpin. Terus Menyumbang.

Ikhlas daripada,

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal
Presiden
UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC)


Read more...

PENYERAHAN CADANGAN PERJANJIAN KOLEKTIF YANG KE-2 KESATUAN PEKERJA-PEKERJA AEON CO. (M) BHD.

 


28.09.2026(Isnin)
Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd. telah menyerahkan cadangan Perjanjian Kolektif yang ke-2 kepada pihak syarikat di AEON HQ, Taman Maluri.

Pihak syarikat telah menerima cadangan Perjanjian Kolektif Yang Ke-2 tersebut dengan baik dan positif. Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk meneruskan hubungan perusahaan yang harmoni melalui perbincangan, komunikasi terbuka dan rundingan secara konstruktif.

Wakil Kesatuan:
1) Muhammad Fadhli Bin Muhammad Zamzuri - Presiden
2) Buhairi Bin Omar - Naib Presiden
3) Amir Wafiuddin Bin Amir Shafar Rudeen - Setiausaha

Wakil Syarikat:
1) En Nik Mohd Fahmee Bin Nik Hussin - CHRO AEON Co
2) Puan Hamiza Binti Othman - GM HR Operation
3)En Muhammad Azhani Bin Ishak - AGM Ethics, Compliance, Industrial Relations, and Trade Union Department
4) Empat (4) orang pegawai HR.

Turut hadir bersama sesi penyerahan tersebut ialah YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, yang sentiasa memberikan sokongan, pandangan dan dorongan kepada Kesatuan dalam memperjuangkan kepentingan serta kebajikan pekerja.

Bagi pihak Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd., kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Presiden atas kesudian meluangkan masa untuk hadir bersama dalam sesi penyerahan penting ini.

Read more...

Tuesday, September 29, 2026

PERTEMUAN SOLIDARITI ANTARA KESATUAN EKSEKUTIF MBSB BANK BERHAD (KESEK) DAN PRESIDEN UNI-MLC

 



Satu pertemuan solidariti antara Kesatuan Eksekutif MBSB Bank Berhad (KESEK) bersama Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, telah diadakan pada 29 September 2026 (hari ini) bertempat di Pejabat UNI-MLC.

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan kerjasama, kebajikan ahli kesatuan serta isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan warga pekerja.

Delegasi Kesatuan Eksekutif MBSB Bank Berhad (KESEK) yang hadir terdiri daripada:


1. Puan Bazilah – Presiden

2. Encik Muhammad Faris – Naib Presiden
3. Puan Aisyah Nabilah – Setiausaha
4. Puan Norashakin – Bendahari

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan KESEK dan UNI-MLC dalam memperkukuhkan hubungan strategik, memperjuangkan kepentingan pekerja serta membina kerjasama yang lebih erat demi kesejahteraan bersama.

Read more...

Monday, September 28, 2026

BERITA UPUS SARAWAK - MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN KALI KE-16 & PEMILIHAN EXCO BARU SESI 2026-2029 KESATUAN PEKERJA PAKAIAN SERAGAM POS MALAYSIA BERHAD SARAWAK

 



KUCHING, 27 September 2026 (Ahad) - Seramai 150 orang perwakilan dan ahli Kesatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Sarawak (UPUS Sarawak) telah menghadiri Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Ke-16 bagi tujuan pemilihan Ahli Jawatankuasa (EXCO) baru sesi 2026-2029 yang berlangsung di Penview Hotel, Kuching hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zaini Bin Yahman, Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia Berhad.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Rasdi Ahmad Bin Mohamad, Presiden UPUS Sarawak.

Mesyuarat Agung pada kali ini diadakan khusus untuk pemilihan barisan EXCO baru yang akan menerajui UPUS Sarawak bagi sesi 2026-2029, selain membincangkan laporan aktiviti, laporan kewangan, usul-usul serta hala tuju dan kebajikan ahli-ahli kesatuan.

Proses pemilihan EXCO baru telah berjalan dengan lancar, telus dan harmoni dengan semangat kesatuan yang tinggi di kalangan semua perwakilan.

UPUS Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Pos Malaysia Berhad atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Ke-16 pada kali ini.

Tahniah diucapkan kepada barisan EXCO baru yang telah terpilih bagi sesi 2026-2029. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi memperjuangkan kebajikan dan hak ahli-ahli UPUS Sarawak.


Laporan Disediakan Oleh:

Awang Bahtiar Bin Awang Bakar
Setiausaha Kesatuan
Kesatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Sarawak (UPUS Sarawak)



Read more...

Saturday, September 26, 2026

Genting Malaysia Berhad Worker's Union Celebrates 50 Years of Solidarity

 



GENTING HIGHLANDS, 26 September 2026 — The Genting Malaysia Berhad Workers Union (GMBWU) proudly celebrated its Golden Jubilee 50th Anniversary at the Genting International Convention Centre (GICC) on 25 September 2026, commemorating five decades of dedication in championing workers’ rights, welfare, and unity.

The prestigious celebration brought together more than 2,500 union members, along with past and present leaders, distinguished guests, and representatives including Datuk Mohamed Shafie, President of UNI-MLC, and UNI-MLC leaders. The event honoured the pioneers, leaders, and members whose commitment and contributions have shaped the Union’s remarkable journey since its registration in 1976.

Datuk Mohamed Shafie conveyed his heartfelt appreciation and congratulations to Sdr. Sikindar, President Sdr. Ben Sua, and the Exco Members of GMBWU for their outstanding efforts in successfully organising the memorable Golden Jubilee celebration.

GMBWU extends its deepest gratitude to all members, guests, and supporters whose presence and contributions contributed to the tremendous success of this historic occasion.

Congratulations and well done to everyone involved in making the 50th Anniversary Celebration a remarkable milestone.

Through Unity We Achieve.

Read more...

Thursday, September 24, 2026

PRESS STATEMENT - UNI-MLC STANDS IN SOLIDARITY WITH NUFAM AND URGES FAIR TREATMENT OF AIRASIA WORKERS

 



Read more...

Monday, September 21, 2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-34 TAHUN 2026 - SERVICE INDUSTRY WORKERS UNION OF PENINSULAR MALAYSIA (SIU)

 


Tarikh : 21 September 2026

Tempat : Bukit Kiara Equestrian Club, Kuala Lumpur

Perasmi : Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC

Service Industry Workers Union of Peninsular Malaysia (SIU) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-34 Tahun 2026 pada 21 September 2026 bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, Kuala Lumpur. 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC. Turut hadir bersama ialah Hj. Affendy Setiausaha Agung UNI-MLC, serta Sdri. Fazlina, bersama barisan kepimpinan SIU, Ahli Majlis Kerja, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan dan ahli kesatuan.

Majlis perasmian merupakan satu detik penting bagi SIU dalam meneruskan perjuangan dan memperkukuhkan organisasi selepas melalui perkembangan serta perubahan besar dalam kesatuan. Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-34 ini bukan sahaja menjadi platform untuk melaksanakan tanggungjawab perlembagaan kesatuan, malah menjadi medan untuk menilai pencapaian, membincangkan cabaran semasa serta menentukan hala tuju SIU bagi menghadapi perubahan dunia pekerjaan dan industri perkhidmatan.

Dalam majlis tersebut, kepimpinan SIU menekankan kepentingan perpaduan ahli, pengukuhan organisasi, pendidikan kesatuan, pembangunan kepimpinan dan organizing sebagai antara asas utama untuk memastikan SIU terus berkembang sebagai sebuah kesatuan yang kuat, profesional dan relevan kepada pekerja. 

Mesyuarat turut memberi penekanan kepada pendidikan kesatuan, dengan pembentangan berkaitan pengetahuan, kefahaman mengenai Perjanjian Bersama dan tanggungjawab wakil kesatuan, peningkatan kemahiran kepimpinan serta pengukuhan aktiviti pendidikan di peringkat cawangan. 

Selain itu, pembentangan turut memberi tumpuan kepada perancangan dan pelaksanaan program kesatuan secara lebih tersusun sepanjang tahun, merangkumi pendidikan kesatuan, pembangunan kepimpinan, program kemasyarakatan, jaringan strategik serta penilaian dan perancangan aktiviti bagi tahun berikutnya.

Kehadiran kepimpinan UNI-MLC dalam majlis ini turut memperlihatkan hubungan serta solidariti yang semakin kukuh antara SIU dengan gerakan kesatuan sekerja yang lebih luas. Hubungan ini penting dalam memperkasakan suara pekerja serta membuka ruang kepada kerjasama dalam bidang pendidikan, organizing, pembangunan kepimpinan dan perjuangan meningkatkan hak serta kebajikan pekerja.

Majlis turut menghimpunkan ahli-ahli daripada pelbagai cawangan dalam suasana penuh semangat kekeluargaan dan solidariti. Penyertaan ahli yang hadir membuktikan bahawa kekuatan sesebuah kesatuan bukan hanya terletak kepada kepimpinannya, tetapi bergantung kepada penglibatan, kesatuan hati dan komitmen seluruh ahli.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-34 ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada satu fasa baharu SIU untuk terus berkembang, memperluaskan keahlian, melahirkan lebih ramai pemimpin kesatuan di peringkat akar umbi serta memperkukuhkan peranan SIU dalam mempertahankan kepentingan pekerja industri perkhidmatan di Semenanjung Malaysia.

SIU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, atas kesudian menyempurnakan majlis perasmian serta kepada Hj. Affendy, Setiausaha Agung UNI-MLC, Sdri. Fazlina, para tetamu, kepimpinan kesatuan, Ahli Majlis Kerja, Pengerusi dan AJK Cawangan, urus setia serta seluruh ahli yang telah memberikan kerjasama sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.




“Dari Pekerja Untuk Pekerja” 
Fahami Hak – Kukuhkan Kesatuan


Disediakan oleh:

Pejabat Setiausaha Agung

Service Industry Workers Union of Peninsular Malaysia (SIU)

21 September 2026

Read more...

SBEU (Sarawak Bank Employees’ Union) 60th Anniversary Dinner

 

The Sarawak Bank Employees’ Union (SBEU) celebrated its 60th Anniversary Dinner at the Imperial Hotel Kuching, commemorating six decades of dedication, unity, and commitment in championing the interests of banking employees across Sarawak.

The milestone celebration was graced by the presence of Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, President of UNI-MLC. Datuk Shafie conveyed his heartfelt congratulations to SBEU, its President, and the Executive Committee on this significant achievement, acknowledging their continuous dedication, contributions, and efforts in strengthening the welfare of banking employees. He also encouraged SBEU to continue fostering unity, collaboration, and progress in the years ahead.

The 60th Anniversary celebration reflects SBEU’s enduring legacy of service, solidarity, and commitment, paving the way for a stronger future for its members and the banking community.

Read more...

Saturday, September 19, 2026

Satu Suara, Satu Perjuangan Demi Kebajikan Ahli

 


Pada 19 September 2026, satu pertemuan telah diadakan antara Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad Negeri Sarawak (Agrobank), Presiden Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad Negeri Sarawak, serta Pengerusi UNI-MLC Sarawak, En. Mohamad Abdul Manaf Ismawi bersama Presiden UNI-MLC, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bersempena dengan kunjungan beliau ke negeri Sarawak.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan, nasihat serta panduan berhubung beberapa isu penting yang melibatkan kebajikan dan kepentingan ahli-ahli kesatuan, khususnya berkaitan:
 
  1. Isu Pelarasan Perjanjian Bersama (Collective Agreement - CA) 2025–2027 serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar.

  2. Isu berkaitan pelarasan gaji sebanyak 6% berserta bayaran tunggakan (backdated payment) yang masih belum mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

  3. Cadangan untuk mengadakan pertemuan bersama pihak MKD bagi membincangkan perkara tersebut serta mengemukakan permohonan agar isu berkenaan dapat dipertimbangkan sewajarnya.

Dalam pertemuan tersebut, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, telah memberikan pandangan, nasihat serta cadangan yang bernas berkaitan pendekatan dan tindakan strategik yang wajar dilaksanakan oleh pihak kesatuan dalam usaha menangani isu ini secara berkesan.

Pihak kesatuan amat menghargai segala pandangan, bimbingan dan nasihat yang telah diberikan. Semoga hasil perbincangan ini serta tindakan susulan yang bakal dilaksanakan akan membuka ruang kepada penyelesaian yang lebih positif, adil dan terbaik demi menjaga kebajikan serta kepentingan seluruh ahli kesatuan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal atas kesudian meluangkan masa, serta segala bantuan, pandangan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan.

𝐔𝐍𝐈-𝐌𝐋𝐂 𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑!!!

Read more...

Thursday, September 17, 2026

SHRREU Anjur Bengkel Kepimpinan & Pemerkasaan Wanita Dalam Kesatuan Sekerja Bagi Memperkasa Peranan Kepimpinan Wanita

 


17 September 2026 — Kesatuan Pekerja-Pekerja Hotel, Resort & Restoran Sabah (SHRREU) telah berjaya menganjurkan Bengkel Kepimpinan & Pemerkasaan Wanita Dalam Kesatuan Sekerja, sebuah inisiatif strategik yang julung kali diperkenalkan khusus untuk memperkukuhkan peranan serta penglibatan anggota wanita dalam kepimpinan kesatuan.

Program yang berlangsung dengan penyertaan seramai 21 orang anggota wanita SHRREU ini dipimpin oleh Pengerusi Wanita SHRREU, Puan Nancy Hendry Ford, dengan matlamat meningkatkan pengetahuan, keyakinan serta keupayaan kepimpinan wanita dalam memperjuangkan kepentingan ahli kesatuan.

Dalam ucapan perasmian, Presiden SHRREU, Encik Bryan Colin Bridger, menegaskan bahawa penganjuran bengkel ini merupakan satu langkah penting dalam membina kapasiti kepimpinan wanita serta memperkukuhkan struktur organisasi kesatuan. Beliau turut berharap agar ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang program ini dapat menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih aktif golongan wanita dalam kepimpinan SHRREU pada masa akan datang.


Antara pengisian utama bengkel adalah seperti berikut:

Sesi 1: Pengenalan Kesatuan Sekerja & Sejarah SHRREU

Disampaikan oleh Setiausaha Agung SHRREU, Saudara Mohd Shahbudin Abdullah, sesi ini memberikan pendedahan mengenai peranan kesatuan sekerja, sejarah penubuhan SHRREU serta kepentingan solidariti dan kerjasama dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja.

Sesi Perkongsian Antarabangsa

 
Peserta turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian secara dalam talian bersama Ibu Firra Tania daripada IUF Asia Pacific, Jakarta. Sesi ini memberikan perspektif antarabangsa berkaitan gerakan kesatuan sekerja serta menyuntik inspirasi dan semangat baharu kepada para peserta dalam memperkukuhkan perjuangan kesatuan.

Sesi 2: Kepimpinan Wanita Dalam Kesatuan Sekerja

Sesi ini disampaikan oleh YBrs. Dr. Wilhelmina Janing, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sabah, yang menekankan aspek kepimpinan, pembangunan potensi diri, peranan strategik wanita serta cabaran yang perlu dihadapi dalam membina kepimpinan yang berkesan.


Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Presiden SHRREU, Encik Bryan Colin Bridger; Setiausaha Agung SHRREU, Encik Mohd Shahbudin Abdullah; Pengerusi Wanita SHRREU, Puan Nancy Hendry Ford; serta seluruh peserta bengkel atas kejayaan menganjurkan program bertemakan “Visi, Misi & Objektif SHRREU” pada 17 September 2026.

Beliau turut menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan program pembangunan kapasiti wanita ini serta menegaskan kepentingan ilmu sebagai asas kepada pemerkasaan organisasi.

Melalui penganjuran bengkel ini, SHRREU terus menunjukkan komitmen dalam memperkasa anggota wanita, membangunkan barisan kepimpinan masa hadapan serta memastikan suara dan peranan wanita terus diberi tempat dalam landskap kesatuan sekerja.


“𝙆𝙣𝙤𝙬𝙡𝙚𝙙𝙜𝙚 𝙞𝙨 𝙋𝙤𝙬𝙚𝙧.”

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP