Thursday, July 30, 2026

Pertemuan Solidariti NUFAM dan UNI-MLC: Memperkukuh Kerjasama Strategik Kesatuan Sekerja

 



Satu pertemuan solidariti antara Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) dan UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) telah diadakan pada 30 Julai 2026 bertempat di pejabat UNI-MLC.

NUFAM telah diwakili oleh Presidennya, Saudara Ismail Nasaruddin, bersama Setiausaha Agung, Saudara Razif Abdul Karim. Delegasi tersebut telah mengadakan perbincangan bersama Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, serta Bendahari UNI-MLC, Saudara Mathialaghan.

Pertemuan berkenaan memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan kerjasama strategik menerusi konsep Smart Partnership, di samping membincangkan isu perundangan, perkembangan semasa serta pelbagai cabaran yang dihadapi oleh gerakan kesatuan sekerja di Malaysia.


Perbincangan tersebut berlangsung dalam suasana yang positif dan konstruktif, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua organisasi demi memperkukuh perjuangan serta kebajikan golongan pekerja.


Insya-Allah, NUFAM dijangka menyertai keluarga besar UNI-MLC dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha memperluas jaringan solidariti dan memperkasakan suara kesatuan sekerja di Malaysia.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP