Thursday, July 23, 2026

Kunjungan Solidariti KKA PPUM Bersama Kepimpinan UNI-MLC Memperkukuh Jalinan Kerjasama Kesatuan

 

Kunjungan Solidariti antara Kesatuan Kakitangan Am PPUM (KKA PPUM) bersama Kepimpinan UNI-MLC telah diadakan pada 23 Julai 2026 bertempat di Pejabat UNI-MLC.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan silaturahim, membina jaringan kerjasama serta menjalinkan hubungan strategik antara KKA PPUM dan UNI-MLC sebagai usaha ke arah memperkasakan gerakan kesatuan sekerja. Sesi pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan berkaitan hasrat KKA PPUM untuk menyertai keluarga besar UNI-MLC dalam masa terdekat.

Delegasi KKA PPUM diketuai oleh:

  • Sdra. Rashidi Abu Bakar – Presiden
  • Sdra. Asnizam Bin Ramli – Setiausaha

Manakala pihak UNI-MLC diwakili oleh:

  • Datuk Mohamed Shafie BP Mammal – Presiden
  • Sdra. Shaffie Bin Osman – Penolong Setiausaha
  • Sdra. Samuel Devadasan – Ahli Bersekutu

Dalam pertemuan tersebut, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepimpinan KKA PPUM atas kesudian mengadakan kunjungan tersebut. Perbincangan turut meliputi beberapa perkara berkaitan perkembangan semasa gerakan kesatuan sekerja, cabaran yang dihadapi oleh kesatuan pada masa kini serta kepentingan memperkukuhkan kerjasama dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan pekerja.


Kunjungan ini mencerminkan komitmen bersama antara KKA PPUM dan UNI-MLC dalam memperluaskan jaringan solidariti, memperkukuhkan hubungan kesatuan serta membina kerjasama yang lebih mampan pada masa hadapan.







  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP