Laporan Seminar Keselamatan Perjalanan ke Tempat Kerja (“On Commuting Safety”): Memperkasa Budaya Keselamatan dan Pencegahan Kemalangan dalam Kalangan Pekerja. Miri, Sarawak
Program Seminar “On Commuting Safety” anjuran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Julai 2026 di Dynasty Hotel, Miri, Sarawak.
Seminar ini disertai oleh 80 orang wakil kesatuan sekerja dari seluruh Sarawak dan Sabah yang mewakili pelbagai sektor pekerjaan.
Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan perjalanan ke tempat kerja (On Commuting Safety) serta memperkukuhkan budaya keselamatan dan pencegahan kemalangan dalam kalangan pekerja.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Mohamad Abdul Manaf bin Ismawi, Pengerusi Badan Perhubungan UNI-MLC Sarawak, sebelum dirasmikan oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC).
Seminar menampilkan tiga sesi pembentangan utama, iaitu "Vision Zero & Pencegahan Kemalangan" oleh YBrs. Tuan Jimmy Hendrick Anak Kijon (PERKESO Miri), "Bencana Industri" oleh YBrs. Encik Busrah bin Abdul Rahman (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Miri), "Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Kemalangan" oleh YBrs. Tuan G. Visvanathan a/l Guna Cekeren, Inspektor Kepolisan Am Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Miri serta “Commuting Safety dari Perspektif Kesatuan” oleh YBhg Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.
Sesi Berakhir dengan Pengenalan kepada “Labour Market Exchange” oleh Encik Afezul bin Othman dan Encik Theevindran a/l Kesavan dari Unit Strategic Initiative & Partnership Social Security Organisation (PERKESO) untuk memahami trend pasaran buruh, mengenalpasti Kemahiran yang diperlukan industri, membuat Keputusan berasaskan data dan merancang keperluan tenaga kerja masa hadapan.
Kesemua sesi memberi penekanan kepada amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan, pencegahan kemalangan serta kepentingan pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Secara keseluruhannya, seminar ini berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai keselamatan perjalanan ke tempat kerja serta menggalakkan pembudayaan amalan kerja yang selamat demi kesejahteraan pekerja dan organisasi.
Loporan : Sdri Kamasiah Hj Taiban
UNI-MLC Assistant Secretary for Sabah & Sarawak Affairs,
UNI-MLC Women's Committee Secretar