Thursday, July 30, 2026

Sesi Persiapan Perjanjian Kolektif Kali Ke-2 Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd. Bersama Presiden UNI MLC

 

30 Julai 2026 (Khamis)

Perbincangan Persiapan Perjanjian Kolektif Kali Ke-2 Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd. telah diadakan pada hari ini di Pejabat UNI MLC bersama YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC.

Sesi perbincangan ini diadakan bagi memperkemaskan kandungan Perjanjian Kolektif sebelum dikemukakan kepada pihak syarikat untuk proses rundingan. Persediaan yang rapi ini mencerminkan komitmen kesatuan dalam memastikan setiap cadangan yang dibawa adalah menyeluruh, praktikal dan memberi manfaat kepada seluruh ahli.

Bagi pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd., kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Presiden atas kesudian meluangkan masa, berkongsi pandangan serta memberikan bimbingan dan nasihat sepanjang sesi perbincangan ini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP