Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KESTMB) bersama Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KSKSTMB) telah menganjurkan Sesi Taklimat Program Lindung 24 Jam oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk makluman, Sesi Taklimat Program Lindung 24 Jam oleh PERKESO telah berlangsung di Balai Berita, Bangsar, pada 22hb Julai 2026.
Ia dianjurkan oleh Kesatuan Eksekutif Sistem Televiysen Malaysia Berhad (KESTMB) bersama Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KSKSTMB).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Abdul Rahim Wahab atas perkongsian yang sangat jelas dan bermanfaat dalam menjelaskan pelbagai aspek berkaitan Program Lindung 24 Jam, termasuk sesi soal jawab yang memberi peluang kepada ahli mendapatkan penjelasan secara terus.
Turut menjadi penghormatan buat kami apabila Pengarah PERKESO Negeri Wilayah Persekutuan, Encik Mohamad Harun Othman, sudi meluangkan masa hadir bersama bagi menyokong penganjuran program ini.
Semoga sesi taklimat ini dapat memberi kefahaman yang lebih menyeluruh kepada semua ahli mengenai Program Lindung 24 Jam dan membantu setiap pekerja membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.
Sekalung penghargaan juga kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya KESTMB dan KSKSTMB selaku penganjur.
KSKSTMB dan KESTMB menyambut baik pelaksanaan Program Lindung 24 Jam demi menjaga kebajikan semua ahli.
Terima kasih atas sokongan semua.
Sdr Hazreen
Presiden Kesatuan KESTMB
Sdr Khairuzzaman
Presiden Kesatuan KSKSTMB





