Keluarga UNI-MLC Terus Diperkukuh dengan Penyertaan Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional (KEEP)
30 Julai 2026 — Keluarga UNI-MLC Terus Diperkukuh
Hari ini, UNI-MLC dengan penuh sukacita mengalu-alukan penyertaan sebuah lagi kesatuan ke dalam keluarga besar UNI-MLC, iaitu Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional (KEEP) yang berpusat di Tanjung Malim, Perak.
Pertemuan bersejarah ini dihadiri oleh empat orang pemimpin kanan KEEP:
Saudara Norazam Siron – Presiden
Saudari Sofia Nadia – Setiausaha
Saudari Noraida Diana Kamaruddin – Penolong Setiausaha
Saudara Azhar Ruslan – Ahli Exco
Dalam pertemuan tersebut, Saudara Norazam Siron telah menyerahkan borang permohonan gabungan secara rasmi kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.
KEEP kini mempunyai seramai 330 orang ahli, sekali gus memperkukuh lagi solidariti, jaringan kerjasama dan suara kolektif dalam perjuangan kesatuan sekerja di bawah naungan UNI-MLC.
Datuk Mohamed Shafie merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden serta barisan kepimpinan KEEP atas kesudian dan kepercayaan untuk bersama-sama menyertai keluarga UNI-MLC
Hari ini, UNI-MLC dengan penuh sukacita mengalu-alukan penyertaan sebuah lagi kesatuan ke dalam keluarga besar UNI-MLC, iaitu Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional (KEEP) yang berpusat di Tanjung Malim, Perak.
Pertemuan bersejarah ini dihadiri oleh empat orang pemimpin kanan KEEP:
Saudara Norazam Siron – Presiden
Saudari Sofia Nadia – Setiausaha
Saudari Noraida Diana Kamaruddin – Penolong Setiausaha
Saudara Azhar Ruslan – Ahli ExcoDalam pertemuan tersebut, Saudara Norazam Siron telah menyerahkan borang permohonan gabungan secara rasmi kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.

.png)
.png)
.png)
.png)