Thursday, July 23, 2026

Laporan Seminar Keselamatan Perjalanan ke Tempat Kerja (“On Commuting Safety”): Memperkasa Budaya Keselamatan dan Pencegahan Kemalangan dalam Kalangan Pekerja. Miri, Sarawak



 

Program Seminar “On Commuting Safety” anjuran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Julai 2026 di Dynasty Hotel, Miri, Sarawak. 

Seminar ini disertai oleh 80 orang wakil kesatuan sekerja dari seluruh Sarawak dan Sabah yang mewakili pelbagai sektor pekerjaan.

Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan perjalanan ke tempat kerja (On Commuting Safety) serta memperkukuhkan budaya keselamatan dan pencegahan kemalangan dalam kalangan pekerja.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Mohamad Abdul Manaf bin Ismawi, Pengerusi Badan Perhubungan UNI-MLC Sarawak, sebelum dirasmikan oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC).


Seminar menampilkan tiga sesi pembentangan utama, iaitu "Vision Zero & Pencegahan Kemalangan" oleh YBrs. Tuan Jimmy Hendrick Anak Kijon (PERKESO Miri), "Bencana Industri" oleh YBrs. Encik Busrah bin Abdul Rahman (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Miri), "Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Kemalangan" oleh YBrs. Tuan G. Visvanathan a/l Guna Cekeren, Inspektor Kepolisan Am Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Miri serta “Commuting Safety dari Perspektif Kesatuan” oleh YBhg Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.


Sesi Berakhir dengan Pengenalan kepada “Labour Market Exchange” oleh Encik Afezul bin Othman dan Encik Theevindran a/l Kesavan dari Unit Strategic Initiative & Partnership Social Security Organisation (PERKESO) untuk memahami trend pasaran buruh, mengenalpasti Kemahiran yang diperlukan industri, membuat Keputusan berasaskan data dan merancang keperluan tenaga kerja masa hadapan.

Kesemua sesi memberi penekanan kepada amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan, pencegahan kemalangan serta kepentingan pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Secara keseluruhannya, seminar ini berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai keselamatan perjalanan ke tempat kerja serta menggalakkan pembudayaan amalan kerja yang selamat demi kesejahteraan pekerja dan organisasi.

Loporan : Sdri Kamasiah Hj Taiban

UNI-MLC Assistant Secretary for Sabah & Sarawak Affairs,
UNI-MLC Women's Committee Secretar


Read more...

Wednesday, July 22, 2026

Tahniah!!! Tuan Haji Azzal bin Abu Talib, Pengarah Bahagian Pendamaian Pekerja GIG, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).

 




Bagi pihak UNI-MLC, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Azzal bin Abu Talib atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Pendamaian Pekerja GIG, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan untuk menerajui tanggungjawab baharu dengan penuh integriti dan kecemerlangan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!

Read more...

Mesyuarat Jawatankuasa Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG Bagi Memperkasa Tadbir Urus dan Kebajikan Ahli

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 22 Julai 2026, Mesyuarat Jawatankuasa Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG telah berjaya diadakan bertempat di UNI-MLC, Bangsar. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa bagi membincangkan perancangan strategik, penyelarasan aktiviti serta hala tuju kesatuan untuk tempoh tiga bulan akan datang.

Bagi pihak kesatuan, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Mohamed Shafie serta pihak UNI-MLC atas kesudian menerima kehadiran dan memberikan sokongan terhadap pelaksanaan mesyuarat ini.


Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan pihak kesatuan dalam memperkukuhkan tadbir urus, memperkasakan peranan ahli serta memastikan kebajikan dan kepentingan pekerja terus diberi perhatian secara berterusan.

Read more...

Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KESTMB) bersama Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KSKSTMB) telah menganjurkan Sesi Taklimat Program Lindung 24 Jam oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

  

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman, Sesi Taklimat Program Lindung 24 Jam oleh PERKESO telah berlangsung di Balai Berita, Bangsar, pada 22hb Julai 2026.


Ia dianjurkan oleh Kesatuan Eksekutif Sistem Televiysen Malaysia Berhad (KESTMB) bersama Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KSKSTMB).


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Abdul Rahim Wahab atas perkongsian yang sangat jelas dan bermanfaat dalam menjelaskan pelbagai aspek berkaitan Program Lindung 24 Jam, termasuk sesi soal jawab yang memberi peluang kepada ahli mendapatkan penjelasan secara terus.


Turut menjadi penghormatan buat kami apabila Pengarah PERKESO Negeri Wilayah Persekutuan, Encik Mohamad Harun Othman, sudi meluangkan masa hadir bersama bagi menyokong penganjuran program ini.


Semoga sesi taklimat ini dapat memberi kefahaman yang lebih menyeluruh kepada semua ahli mengenai Program Lindung 24 Jam dan membantu setiap pekerja membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.
Sekalung penghargaan juga kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya KESTMB dan KSKSTMB selaku penganjur.
KSKSTMB dan KESTMB menyambut baik pelaksanaan Program Lindung 24 Jam demi menjaga kebajikan semua ahli.

Terima kasih atas sokongan semua.


Sdr Hazreen

Presiden Kesatuan KESTMB

Sdr Khairuzzaman

Presiden Kesatuan KSKSTMB 




Read more...

Tuesday, July 21, 2026

Kesatuan Pekerja Sarawak Petchem Sdn. Bhd. (KPSP) telah berjaya menganjurkan Program Kesedaran Kesatuan Sekerja (“Trade Union Awareness”) pada 21 Julai 2026 bertempat di Promenade Hotel, Bintulu, Sarawak.

 



Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Sdra. Mohamad Abdul Manaf bin Ismawi, Pengerusi Badan Perhubungan UNI-MLC Sarawak serta Tuan Haji Mohammad Ibrahim bin Haji Hamid A.B.S., Naib Prrsiden UNI-MLC Sabah & Sarawak atas nasihat dan tunjuk ajar yang amat bermakna kepada ahli-ahli Kesatuan Pekerja Sarawak Petchem yang hadir.

Untuk makluman, ahli KPSP berjumlah 157 orang pekerja yang layak jadi ahli kesatuan pekerja Sarawak Petchem Sdn Bhd. 

Kami yakin bahawa mesej dan tunjuk ajar daripada speaker yang diundang dapat menaikkan motivasi dan keyakinan antara ahli-ahli Kesatuan Pekerja Sarawak Petchem Sdn Bhd. 

Terima kasih UNI-MLC

Aston Bin Yussibnosh

Setiausaha,
Kesatuan Pekerja Sarawak Petchem Sdn Bhd




Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP