Monday, July 13, 2020

The Edge - Govt urged to review pension rates for ex-civil servants in GLCs



Read more...

The Sun Daily - Govt urged to review pension rates for ex-civil servants in GLCs



Read more...

Sunday, July 12, 2020

Siaran Akhbar - Gesa Kerajaan kaji semula Pencen Pesara Kerajaan



Read more...

Friday, July 10, 2020

Peguam Panel UNI MLC

Assalammua'laikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh dan Salam Sejahtera

Kepada:
Presiden/Setiausaha Agung
Kesatuan Gabungan UNI MLC

Saya doa kan semoga semua Pemimpin-Pemimpin, Ahli-Ahli Kesatuan bersama keluarga sentiasa sihat.

Sukacita di maklumkan bahawa UNI MLC mempelawa seorang lagi Peguam bagi membantu kesatuan-kesatuan bagi tujuan mengendalikan kes-kes di Mahkamah Perusahaan dan lain-lain Mahkamah berhubung dengan sebarang isu perundangan.

Peguam ini sangat berpengalaman dan saya yakin beliau akan dapat membantu jika ada kesatuan-kesatuan yang memerlukan khidmat nasihat daripada beliau.

Beliau boleh di hubungi dengan maklumat seperti berikut:

Nama   :  Puan Masura Binti Mustafa

Alamat :  Tetuan Masura & Tan, Advocates & Solicitors, 
               No. 41A, Jalan Snuker 13/28,
               Tadisma Business Park, Seksyen 13,
               40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 03-5510 0109


Bersama sama ini saya lampirkan Profile Peguam Masura bagi makluman saudara/saudari.

Semoga dengan adanya seorang lagi Peguam maka kesatuan mempunyai pilihan.

Salam Solidariti


DATUK MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden UNI MLC
 
 
 

 

Read more...

Thursday, July 2, 2020

BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020




Kepada:
Presiden/Setiausaha Agung 
Kesatuan Gabungan UNI MLC


BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang akan bermula pada 7 Julai 2020.

3.    Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ini bertujuan untuk menyediakan statistik penduduk dan perumahan negara yang terperinci dan komprehensif.  Ia sangat penting bagi menyediakan maklumat asas untuk memantau Agenda Pembangunan Lestari 2030 yang merangkumi komitmen kerajaan untuk membasmi kemiskinan, kesamarataan, kelestarian alam sekitar dan memastikan bahawa semua penduduk diliputi.

4.    Sehubungan itu, Jabatan Perangkaan Malaysia melalui ILMIA amat berbesar hati sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dapat mewar-warkan tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ini kepada semua warga pekerja di negara ini melalui laman sesawang organisasi pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan.

5.    Bersama-sama ini disertakan template hebahan untuk dimuatkan ke dalam laman sesawang. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Betty binti Hasan (03-83182375) atau Dr. Mohd Ridwan bin Abd Razak (03-83182419). Pertimbangan dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini adalah amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,

Betty Bt Hasan
Pengarah Kanan
Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel  :  83182375  /  Faks  :  83180709  /  E-mel  :  betty.hasan@dosm.gov.my


Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP