Thursday, July 2, 2020

BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020




Kepada:
Presiden/Setiausaha Agung 
Kesatuan Gabungan UNI MLC


BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang akan bermula pada 7 Julai 2020.

3.    Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ini bertujuan untuk menyediakan statistik penduduk dan perumahan negara yang terperinci dan komprehensif.  Ia sangat penting bagi menyediakan maklumat asas untuk memantau Agenda Pembangunan Lestari 2030 yang merangkumi komitmen kerajaan untuk membasmi kemiskinan, kesamarataan, kelestarian alam sekitar dan memastikan bahawa semua penduduk diliputi.

4.    Sehubungan itu, Jabatan Perangkaan Malaysia melalui ILMIA amat berbesar hati sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dapat mewar-warkan tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ini kepada semua warga pekerja di negara ini melalui laman sesawang organisasi pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan.

5.    Bersama-sama ini disertakan template hebahan untuk dimuatkan ke dalam laman sesawang. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Betty binti Hasan (03-83182375) atau Dr. Mohd Ridwan bin Abd Razak (03-83182419). Pertimbangan dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini adalah amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,

Betty Bt Hasan
Pengarah Kanan
Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel  :  83182375  /  Faks  :  83180709  /  E-mel  :  betty.hasan@dosm.gov.my


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP