Sunday, September 13, 2026

Perjumpaan Strategik UNI-MLC Bersama Kesatuan Pekerja AEON BiG Berkaitan Kebajikan dan Hala Tuju Pekerja AEON BiG Penang Prai

 


Pada 11 September 2026, telah berlangsung perjumpaan bersama Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie, bersama wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG, iaitu Sdra. Muhamad Fikri dan Sdra. Nazifuddin.

Perbincangan diadakan bagi mendapatkan pandangan, nasihat serta rundingan berkaitan proposal kesatuan AEON BiG dan hala tuju pekerja AEON BiG Penang Prai susulan cadangan penutupan store tersebut.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah kebajikan pekerja, cadangan penempatan serta hala tuju ahli selepas penutupan store. Turut dibincangkan cadangan aktiviti Team Building bagi memperkukuhkan kerjasama, hubungan sesama ahli serta meningkatkan motivasi pekerja.

Semoga hasil perbincangan dan pandangan yang diberikan dapat membantu memastikan kebajikan, kepentingan serta masa depan pekerja terus diberi perhatian.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP