Sunday, September 13, 2026

MAJLIS PENYERAHAN PERJANJIAN BERSAMA (CA) KEPADA PIHAK MAJIKAN – 11 SEPTEMBER 2026

 


Alhamdulillah, satu lagi langkah penting dalam usaha Kesatuan Eksekutif Hong Leong Bank Berhad (KEHLEB) telah berjaya dilaksanakan.

Majlis penyerahan Perjanjian Bersama (Collective Agreement) kepada Pihak Majikan telah berlangsung secara tertutup pada 11 September 2026, jam 2.30 petang, bertempat di Tingkat 10, Hong Leong Tower.

Dalam majlis tersebut, Sdra James Mailvaganam, Naib Presiden KEHLEB, telah mewakili pihak Kesatuan untuk menyerahkan dokumen Perjanjian Bersama kepada Ms Leong Chye Yan, wakil Pihak Majikan yang telah menerima dokumen tersebut.

Penyerahan ini merupakan satu pencapaian penting dan langkah seterusnya dalam perjalanan KEHLEB ke arah merealisasikan Perjanjian Bersama demi kepentingan serta kebajikan para ahli.

Alhamdulillah, kami amat bersyukur atas perkembangan ini dan berharap agar Pihak Majikan dapat menjemput pihak Kesatuan ke peringkat seterusnya, iaitu proses rundingan (Negotiation) dalam masa terdekat.

Semoga segala usaha, kerjasama dan komitmen semua pihak dipermudahkan serta membuahkan hasil yang terbaik untuk Kesatuan dan seluruh ahli KEHLEB.

🤝 Bersama kita teruskan perjuangan.

Salam Hormat & Perjuangan,
Jawatankuasa KEHLEB

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP