Sunday, September 13, 2026

KUNJUNGAN HORMAT KPrefCo KE UNI-MLC

 


11 September 2026 — Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengerang Refining Company Sdn. Bhd. (KPrefCo) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat UNI-MLC dan bertemu dengan Presiden UNI-MLC, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.

KPrefCo diwakili oleh Presiden, Sdr. Hafiz Khalid; Setiausaha Agung, Sdr. Mohamad Khairilramzi; dan Bendahari, Sdr. Abdul Basith.

Pertemuan ini bertujuan mendapatkan pandangan, nasihat dan bimbingan YBhg. Datuk Mohamed Shafie berhubung perkembangan semasa pemilikan korporat PRefChem, susulan pengambilalihan keseluruhan pegangan saham Saudi Aramco oleh PETRONAS, yang menjadikan PRefChem kini 100% dimiliki PETRONAS dan tidak lagi berstatus syarikat usaha sama (JV).

Selain itu, KPrefCo turut mendapatkan pandangan berhubung hala tuju, hasrat dan pendirian Kesatuan untuk terus kekal sebagai kesatuan “in-house”, serta bergerak sebaris dengan kesatuan-kesatuan induk PETRONAS yang lain.

KPrefCo amat menghargai kesudian pihak UNI-MLC menerima kunjung hormat ini. Segala pandangan, ilmu, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh YBhg. Datuk Mohamed Shafie diharapkan dapat menjadi panduan serta memperkukuhkan lagi perjuangan Kesatuan dalam memastikan kebajikan, kepentingan dan hak ahli KPrefCo terus dipelihara.

Tc. Mohamad Khairilramzi
Setiausaha Agung
KPrefCo

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP