NUTP RAI PERSIDANGAN PERWAKILAN TRITAHUNAN KALI KE-24
KOTA BHARU, 3 September 2026 — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP Kali Ke-24 di Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden NUTP, Sdr. Haji Aminuddin bin Awang. Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), yang mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Adzman bin Talib, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), dan Puan Hajah Siti Norina binti Muhamad, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan.
UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) turut diwakili oleh Presidennya, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bersama Sdr. Haji Mohd Effendy Abdul Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC.
Majlis turut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah sebagai penghargaan kepada tokoh kepimpinan, ahli kehormat, kakitangan dan cawangan NUTP atas khidmat bakti, komitmen serta pencapaian mereka.
UNI-MLC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada NUTP atas kejayaan menganjurkan persidangan dan majlis makan malam tersebut. Penghargaan turut disampaikan kepada Presiden NUTP, Sdr. Haji Aminuddin bin Awang; Setiausaha Agung NUTP, Sdr. Haji Fouzi bin Singon; Bendahari Agung NUTP, Sdr. Azmi bin Ahmad Sapian; serta seluruh barisan kepimpinan, jawatankuasa, urus setia dan perwakilan yang telah menjayakan persidangan berkenaan.
Penganjuran ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah memperkukuh solidariti antara kesatuan sekerja dalam usaha memperjuangkan kebajikan serta kepentingan warga pekerja dan pendidik di Malaysia.
Disediakan oleh,
Effendy
SUA UNI MLC