Monday, September 28, 2026

BERITA UPUS SARAWAK - MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN KALI KE-16 & PEMILIHAN EXCO BARU SESI 2026-2029 KESATUAN PEKERJA PAKAIAN SERAGAM POS MALAYSIA BERHAD SARAWAK

 



KUCHING, 27 September 2026 (Ahad) - Seramai 150 orang perwakilan dan ahli Kesatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Sarawak (UPUS Sarawak) telah menghadiri Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Ke-16 bagi tujuan pemilihan Ahli Jawatankuasa (EXCO) baru sesi 2026-2029 yang berlangsung di Penview Hotel, Kuching hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zaini Bin Yahman, Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia Berhad.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Rasdi Ahmad Bin Mohamad, Presiden UPUS Sarawak.

Mesyuarat Agung pada kali ini diadakan khusus untuk pemilihan barisan EXCO baru yang akan menerajui UPUS Sarawak bagi sesi 2026-2029, selain membincangkan laporan aktiviti, laporan kewangan, usul-usul serta hala tuju dan kebajikan ahli-ahli kesatuan.

Proses pemilihan EXCO baru telah berjalan dengan lancar, telus dan harmoni dengan semangat kesatuan yang tinggi di kalangan semua perwakilan.

UPUS Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Pos Malaysia Berhad atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Ke-16 pada kali ini.

Tahniah diucapkan kepada barisan EXCO baru yang telah terpilih bagi sesi 2026-2029. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi memperjuangkan kebajikan dan hak ahli-ahli UPUS Sarawak.


Laporan Disediakan Oleh:

Awang Bahtiar Bin Awang Bakar
Setiausaha Kesatuan
Kesatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Sarawak (UPUS Sarawak)



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP