Monday, July 27, 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Betty binti Hasan

 


Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Betty binti Hasan atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia.

Semoga terus cemerlang menerajui kepimpinan dengan penuh integriti, komitmen dan dedikasi demi kecemerlangan organisasi serta perkhidmatan yang unggul.


Read more...

Friday, July 24, 2026

KUNJUNGAN SOLIDARITI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN. BHD. (KESAIS) KE UNI-MLC

 


Pada 24 Julai 2026, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (KESAIS) telah mengadakan kunjungan solidariti bersama Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bertempat di Pejabat UNI-MLC.

Delegasi KESAIS telah diwakili oleh Saudara Azizzuddin, Timbalan Presiden; Saudara Noor Hairulnizam, Setiausaha Agung; dan Saudara Masrudy Asfar, Bendahari.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai hala tuju kesatuan, cabaran semasa yang dihadapi serta usaha untuk memperkukuh peranan dan kerjasama dalam memperjuangkan kebajikan serta kepentingan para pekerja.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Tuan Haji Ismail, Timbalan Presiden UNI-MLC, dan Tuan Haji Nik, Penolong Setiausaha Agung UNI-MLC.

Kunjungan ini mencerminkan semangat solidariti dan komitmen berterusan antara kesatuan dalam memperkukuh hubungan, bertukar pandangan serta membina kerjasama yang lebih erat demi kepentingan bersama

Read more...

Thursday, July 23, 2026

Majlis Makan Malam Solidariti UNI-MLC

 



Majlis Makan Malam Solidariti UNI-MLC Perkukuh Sinergi Strategik Kepimpinan Kerajaan, Kesatuan Sekerja dan Pemegang Taruh dalam Memacu Agenda Pembangunan Pekerja Negara, diserikan kehadiran YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBM Steven Sim Chee Keong

Read more...

Mesyuarat Penambahbaikan Perjanjian Bersama Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 23 Julai 2026, seramai 10 orang wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG telah menghadiri Mesyuarat Penambahbaikan Perjanjian Bersama bagi mengemukakan cadangan serta pandangan yang diterima daripada ahli-ahli kesatuan.

Bagi pihak kesatuan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Mohamed Shafie atas kesudian menerima kehadiran kami, memberikan ruang untuk kami membentangkan cadangan yang dikemukakan, serta berkongsi pandangan dan maklum balas yang membina sepanjang mesyuarat berlangsung.

Kesatuan amat menghargai komitmen dan keterbukaan pihak pengurusan dalam usaha memperkukuh hubungan perusahaan yang harmoni serta memastikan kebajikan dan kepentingan para pekerja terus diberikan perhatian sewajarnya.

Read more...

Kunjungan Solidariti KKA PPUM Bersama Kepimpinan UNI-MLC Memperkukuh Jalinan Kerjasama Kesatuan

 

Kunjungan Solidariti antara Kesatuan Kakitangan Am PPUM (KKA PPUM) bersama Kepimpinan UNI-MLC telah diadakan pada 23 Julai 2026 bertempat di Pejabat UNI-MLC.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan silaturahim, membina jaringan kerjasama serta menjalinkan hubungan strategik antara KKA PPUM dan UNI-MLC sebagai usaha ke arah memperkasakan gerakan kesatuan sekerja. Sesi pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan berkaitan hasrat KKA PPUM untuk menyertai keluarga besar UNI-MLC dalam masa terdekat.

Delegasi KKA PPUM diketuai oleh:

  • Sdra. Rashidi Abu Bakar – Presiden
  • Sdra. Asnizam Bin Ramli – Setiausaha

Manakala pihak UNI-MLC diwakili oleh:

  • Datuk Mohamed Shafie BP Mammal – Presiden
  • Sdra. Shaffie Bin Osman – Penolong Setiausaha
  • Sdra. Samuel Devadasan – Ahli Bersekutu

Dalam pertemuan tersebut, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepimpinan KKA PPUM atas kesudian mengadakan kunjungan tersebut. Perbincangan turut meliputi beberapa perkara berkaitan perkembangan semasa gerakan kesatuan sekerja, cabaran yang dihadapi oleh kesatuan pada masa kini serta kepentingan memperkukuhkan kerjasama dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan pekerja.


Kunjungan ini mencerminkan komitmen bersama antara KKA PPUM dan UNI-MLC dalam memperluaskan jaringan solidariti, memperkukuhkan hubungan kesatuan serta membina kerjasama yang lebih mampan pada masa hadapan.







Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP