SAMBUTAN HARI GURU SEDUNIA 2026 – NUTP MALAYSIA
📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Cyber Event Hall, Cyberjaya
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Perhimpunan Sambutan Hari Guru Sedunia 2026 anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menghimpunkan lebih 1,000 orang guru dari seluruh negara.
Majlis ini turut dihadiri Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) turut diwakili oleh Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dan Setiausaha Agung UNI-MLC, Sdra. Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani, sebagai tanda sokongan dan solidariti bersama warga pendidik serta kepimpinan NUTP.
Bertemakan “Standing with Teachers: Protecting the Profession, Advancing its Status, and Shaping Our Futures”, sambutan ini menekankan kepentingan mempertahankan hak, kebajikan dan martabat profesion perguruan.
Dalam ucapan Presiden NUTP, Sdra. Hj. Aminuddin bin Awang, beliau menekankan bahawa segala kemajuan dan faedah yang dinikmati guru hari ini, termasuk sistem kenaikan pangkat 8863, merupakan hasil perjuangan berterusan kesatuan sekerja sejak sekian lama. Justeru, pencapaian tersebut perlu dipertahankan, di samping memperkukuh perpaduan, kebajikan dan profesionalisme guru dalam menghadapi cabaran pendidikan masa depan.
Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dr. Rusmini, beliau turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), NUTP dan semua pihak berkepentingan bagi menangani cabaran semasa pendidikan, khususnya aspek keselamatan sekolah, kesejahteraan guru dan murid serta penggunaan teknologi termasuk Artificial Intelligence (AI) dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Beliau turut mengiktiraf peranan NUTP bukan sahaja dalam memperjuangkan kebajikan guru, malah sebagai rakan strategik dalam pembangunan profesionalisme dan kemajuan pendidikan negara.
UNI-MLC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden NUTP, Sdra. Hj. Aminuddin bin Awang, serta seluruh kepimpinan NUTP atas kejayaan penganjuran sambutan yang amat bermakna ini.
Sebagai kesatuan gabungan UNI-MLC, penglibatan NUTP terus memperkukuh solidariti gerakan kesatuan sekerja dalam memperjuangkan hak, kebajikan, perlindungan dan masa depan pekerja di Malaysia.
Selamat Hari Guru Sedunia 2026!
Solidarity Forever!
UNION POWER!!!
Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung UNI MLC