MAJLIS ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA 2025
📅 Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Royale Chulan Kuala Lumpur
Untuk makluman seluruh kepimpinan dan kesatuan gabungan UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC), UNI-MLC telah menghadiri Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025, anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
UNI-MLC telah diwakili oleh Presidennya, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bersama Setiausaha Agung UNI-MLC, Sdra. Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani, sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan gerakan kesatuan sekerja dalam memperkukuh keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja di Malaysia.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Sebanyak 346 penyertaan daripada pelbagai organisasi di seluruh negara telah melalui proses penilaian, dengan 35 penerima anugerah dipilih sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).
🏆 Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen organisasi dalam memperkukuh budaya kerja selamat, pengurusan risiko, inovasi keselamatan serta pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan.
UNI-MLC menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan hak asas setiap pekerja, bukan sekadar pematuhan undang-undang atau pencapaian anugerah.
Kesatuan sekerja perlu terus diberikan peranan yang bermakna dalam pembangunan dasar keselamatan, penilaian risiko dan pelaksanaan langkah pencegahan di tempat kerja.
Kerjasama erat antara kerajaan, majikan, pekerja dan kesatuan sekerja melalui pendekatan Smart Partnership amat penting bagi membina budaya pencegahan yang berkesan serta memastikan setiap pekerja dapat menjalankan tugas dalam persekitaran yang selamat, sihat dan bermaruah.
UNI-MLC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur, KESUMA, JKKP, PERKESO serta semua penerima Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk mempertingkatkan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping memperkukuh hubungan perusahaan yang harmoni serta kebajikan seluruh warga pekerja.
“Pekerja Selamat, Organisasi Hebat, Negara Sejahtera.”
Solidarity Forever!
UNION POWER!!!
Disediakan oleh,
Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung UNI-MLC
29 OKT 2026