Thursday, October 22, 2026

MAJLIS ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (MSOSH) KALI KE-44 TAHUN 2026

 



๐Ÿ“…
 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)


๐Ÿ“ Tempat: One World Hotel, Petaling Jaya

Untuk makluman seluruh kepimpinan dan kesatuan gabungan UNI-MLC, UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) telah menghadiri Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH Kali Ke-44 Tahun 2026 anjuran Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH).

UNI-MLC telah diwakili oleh Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bersama Setiausaha Agung UNI-MLC, Sdra. Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani, sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan gerakan kesatuan sekerja terhadap usaha memperkukuh keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja di Malaysia.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Sebanyak 227 pengiktirafan diraikan pada tahun ini, merangkumi:

๐Ÿ†
199 MSOSH Awards
๐Ÿ† 28 MSOSH RISE Awards

Penganjuran anugerah ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan organisasi dalam memperkukuh budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), pengurusan risiko serta usaha pencegahan kemalangan di tempat kerja.

UNI-MLC menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan hak asas setiap pekerja, bukan sekadar pematuhan undang-undang atau pencapaian anugerah.

Kerjasama erat antara majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan agensi kerajaan amat penting bagi memastikan setiap pekerja dapat menjalankan tugas dalam persekitaran yang selamat, sihat dan bermaruah.

UNI-MLC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden MSOSH, Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar bin Ismail, seluruh kepimpinan MSOSH serta semua penerima anugerah.

Semoga hubungan dan kerjasama antara UNI-MLC, MSOSH serta pihak berkepentingan terus diperkukuh demi memperjuangkan keselamatan, kesihatan dan kebajikan seluruh warga pekerja.

*Safe Work, Healthy Workers, Stronger Unions!*

Solidarity Forever!
UNION POWER!!!

Disediakan oleh,
Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung UNI MLC

22 OKT 2026

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP