Thursday, October 8, 2026

MEMPERKUKUH SOLIDARITI KESATUAN: NBBEU DAN UNI-MLC

 


Bagi pihak North Borneo Banking Executive Union (NBBEU),saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Mohd Safie BP Mammal, Presiden UNI-Malaysia Liaison Council (UNI-MLC), kerana sudi menerima kunjungan hormat daripada kami.

Segala nasihat, pandangan serta tunjuk ajar yang telah diberikan amat bermakna dan menjadi suntikan semangat kepada kami, khususnya sebagai sebuah kesatuan yang masih baharu dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja sektor perbankan di Sabah.

Kami amat menghargai kesediaan pihak UNI-MLC untuk menjadi rujukan dan pembimbing kepada NBBEU. Sesungguhnya, bimbingan dan saranan berterusan daripada UNI-MLC amat kami perlukan bagi memastikan segala agenda dan perancangan kesatuan yang telah diatur dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan berlandaskan prinsip kesatuan sekerja yang kukuh.

Semoga hubungan strategik dan semangat solidariti antara NBBEU dan UNI-MLC akan terus utuh dan diperkukuhkan demi manfaat bersama warga perbankkan.

Sekian, terima kasih.

HASSAN ISKANDAR,
President of North Borneo Banking Executive Union (NBBEU)
7 Oktober 2026
Kuala Lumpur

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP