Pertemuan Strategik Kesatuan Eksekutif Proton Edar & UNI-MLC Bagi Pemuktamadan Collective Agreement Pertama
Pada hari ini, 05.10.2026, pihak Kesatuan Eksekutif Proton Edar telah mengadakan satu perjumpaan bersama Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, bertempat di Pejabat UNI-MLC, Bangsar.
Perjumpaan ini turut dihadiri oleh wakil kesatuan iaitu Sdra. Shukor Othman, Sdra. Zairul Asmi Zainuddin, Sdri. Zuhana Jalal dan Sdri. Nurul Hanisah Mohd Noor.
Perjumpaan ini adalah bagi mendapatkan pandangan, nasihat dan pengesahan daripada pihak UNI-MLC berkaitan Collective Agreement (CA) yang pertama, serta memastikan perkara-perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui dapat dimuktamadkan dengan sewajarnya.
Perbincangan turut memberi fokus kepada status dan hala tuju CA, termasuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak UNI-MLC berhubung perkara-perkara yang masih memerlukan pengesahan serta tindakan selanjutnya oleh pihak kesatuan.
Semoga hasil perbincangan dan pandangan yang diberikan dapat membantu pihak kesatuan dalam memastikan proses CA dapat dimuktamadkan dengan lancar, di samping memastikan kepentingan dan kebajikan ahli kesatuan terus diberi perhatian.

.png)
.png)