Thursday, May 7, 2026

𝗲𝗕𝘂𝗸𝘂 “𝗔𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗰𝗮𝗺” 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

 


Kepada:
Presiden/Setiausaha Agung
Kesatuan-Kesatuan Gabungan UNI-MLC

Assalammua'alaikum wbt dan Salam Sejahtera Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) ingin berkongsi dengan Kesatuan-Kesatuan Gabungan UNI-MLC mengenai sebuah projek terbitan eBuku bertajuk Amaran Scam, yang merupakan salah satu inisiatif BNM di bawah agenda literasi dan perlindungan kewangan awam. Inisiatif ini diperkenalkan susulan peningkatan insiden scam yang semakin memberi kesan kepada rakyat Malaysia. eBuku ini bertujuan untuk:


  • Meningkatkan kesedaran mengenai jenis-jenis scam kewangan yang sering berlaku, taktik yang digunakan oleh scammer, serta langkah-langkah praktikal untuk melindungi diri 
  • Memberikan panduan jelas tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa scam, termasuk saluran pelaporan dan pihak berkuasa yang berkaitan.

3. Sehubungan itu, BNM telah memberi pautan rasmi eBuku Amaran Scam di laman web BNM adalah seperti yang dilampirkan di bawah untuk rujukan pihak UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC): AmaranScam-eBook.pdf

4. Kerjasama dan sokongan Kesatuan-Kesatuan Gabungan UNI-MLC adalah dimohon untuk menyebar eBuku ini melalui saluran komunikasi sedia ada seperti edaran emel, pemuatan naik di laman web serta perkongsian menerusi laman media sosial UNI-MLC, bagi manfaat dan kesedaran ahli-ahli kesatuan.


Salam Solidariti


DATUK MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden UNI-MLC

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP