SKIM LINDUNG 24 JAM PERKUKUH PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA, DILULUSKAN DEWAN NEGARA
Dewan Negara | 18 Disember 2025
Dewan Negara hari ini meluluskan pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam yang memperluas perlindungan keselamatan sosial pekerja tanpa had waktu, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam agenda reformasi buruh negara. Perkara tersebut dibacakan oleh YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, dalam persidangan Dewan Negara.
BEBERAPA orang Pemimpin dari UNI-MLC hadir bersama bagi memberi sokongan kepada YB Dato Sri Ramanan Menteri Sumber Manusia. Tuan Haji Ismail, Sdr Sikindar. Sdr Mathialaghan, Sdr Shaffie Osman, Tuan Haji Nikmatullah, Sdr Lawrence BEN, Datin Faridah dan Sdr Mohd Airy Arin.





