Tuesday, December 30, 2025

Aktiviti Akhir Tahun 2025: Temu Bual Bersama Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Sesi temu bual bersama pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah diadakan pada 30 Disember 2025, diketuai oleh Sdri. Intan Nur Nadhirah dan Sdri. Ainul Huda Azmi, bersama Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, secara dalam talian.



Semoga semua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus maju dan cemerlang demi masa depan yang gemilang. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.


Assalamualaikum dan salam sejahtera Datuk Mohamed Shafie dan UNI-MLC,

Dengan segala hormatnya, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk atas kesudian meluangkan masa serta memberikan kerjasama yang amat baik dalam sesi temu bual yang telah dijalankan sebentar tadi.

Segala perkongsian maklumat, pandangan dan pengalaman yang disampaikan oleh Datuk berkaitan peranan serta usaha UNI-MLC dalam memperjuangkan kebajikan dan hak pekerja amatlah bermakna dan sangat membantu dalam melengkapkan tugasan akademik kami. 

Kami amat menghargai kesediaan Datuk untuk berkongsi ilmu dan pandangan secara terbuka. Diharapkan segala input yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi nilai tambah kepada pembelajaran kami. 

Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk dan pihak UNI-MLC atas masa, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan terus berjaya dalam menerajui kepimpinan UNI-MLC.

Sekian, terima kasih. 

Yang benar,

Intan Nur Nadhirah.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP