Thursday, October 16, 2025

Persidangan UNI APRO ICTS 2025 di Manila, Filipina.

 


Persidangan tersebut telah berlangsung pada 13 hingga14 Oktober 2025 di Century Park Hotel, Manila, Filipina bertemakan “Empowering ICTS Workers To Transform and Face Challenges Together’. 

UNI Labour Centre Malaysia (UNIMLC) telah diwakili oleh 6 orang delegasi, terdiri daripada perwakilan dan pemerhati dan diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Mohamed Shafiee BP Mammal. 

Persidangan ini merupakan platform yang penting yang menghimpunkan Kesatuan Sekerja dari Sektor ICTS di bawah naungan UNI Global Union – Asia & Pacific (UNI APRO) dan menjadi medan perbincangan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada pekerja-pekerja di sektor ini, disamping merangka strategi kolektif bagi menghadapi perubahan landskap pekerjaan akibat perkembangan digital dan teknologi.

Salah satu agenda utama pada hari kedua persidangan ialah pelantikan Ahli Jawatankuasa Sektor UNI APRO ICTS World Committee Members dan ICTS UNI APRO bagi penggal 2025–2029. 

Dalam sesi tersebut, Bro. Shinichi Kitano dari ICTJ, Jepun telah dipilih sebagai Presiden baharu, menggantikan Bro. Kyoichi Ando.

Berikut adalah antara keputusan pemilihan bagi:-

UNI APRO ICTS World Committee Members
Titular :
Datuk Mohamed Shafie BP Mammal,
UNIVEN Malaysia
Substitute Members :
Sdra. Mohamad Farid Mohamad Daud,
NUTE Malaysia  
Substitute Members (Women) :
Sdri. Kamasiah Hj Taiban,
UTES/STMU Malaysia 

 
UNI APRO ICTS Committee 2025-2029

Kawasan II: South East Asia
Titular :
Datuk Mohamed Shafie BP Mammal,
UNIVEN Malaysia
1st Substitute :
Sdri. Kamasiah Hj Taiban,
UTES/STMU Malaysia
2nd Substitute :
Sdra. Mohamad Farid Mohamad Daud,
NUTE Malaysia













  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP