Sunday, October 5, 2025

BERITA DARI MALAYAN NURSES UNION - SEMINAR KEJURURAWATAN DAN PASCA PESARAAN MALAYAN NURSES UNION 2025 DIADAKAN 3-5 OKT 2025 - THE PEARLS HOTEL KUALA LUMPUR.

 


Malayan Nurses Union telah menganjurkan Seminar Kejururawatan Dan Pasca Pesaraan 2025 bagi memberi pendedahan dan persediaan kepada ahli ahli yang bakal bersara. 

MNU amat komited dengan sumbangan yang telah diberikan oleh ahli ahli MNU, dengan itu MNU mengambil pendekatan untuk berkongsi ilmu sebelum bersara.
 
Penceramah jemputan dari BKJ KKM yang berkongsi berkenaan laluan kerjaya Dan masa depan Kejururawatan. Selain itu MNU juga menjemput pegawai dari KWAP untuk berkongsi sedikit ilmu persediaan pesaraan Dan pengurusan kewangan selepas bersara.

Pegawai dari PDRM juga dijemput bagi memberi pendedahan berkaitan jenayah siber atau scammer, untuk mengekalkan ahli terperangkap .


04/10/2025

MAJLIS MAKAN MALAM DAN MAJLIS KESYUKURAN SERTA DOA SELAMAT MNU

Majlis kesyukuran diadakan bagi mensyukuri perjuangan MNU yang telah mencapai kejayaan besar dalam peejuangan mengekalkan waktu bekerja 42jam bagi pekerja shif di KKM 

Majlis turut mengadakan sedikit tahlil ringkas untuk mengenang jasa ahli yang telah meninggal Dunia.


MNU mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu jemputan

YB Puan Young Syefura binti Othman - Ahli Parlimen Bentong, Pahang.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal - Presiden UNI-MLC

En Kamal Dan En Khalid Sebagai wakil dari CUEPACS 

Tuan Hj Effendy Abdul Ghani Sebagai pemegang amanah MNU 

Majlis berjalan sederhana tetapi amat bermakna buat MNU



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP